search this blog!

Monday, February 9, 2015

Wifey and Hubby

Alhamdulilah syukur ya Allah...hari ni sudah 2 bulan 5 hari aku bergelar sebagai isteri. Alhamdulilah tak sangka akhirnya dia jadi suami aku dan aku jadi isteri dia..moga rumahtangga yang sedang dibina ni kekal sampai syurga Allah..

Tak banyak yang boleh aku katakan..moga kami saling muhasabah diri supaya kami dapat jadi yang terbaik buat kedua keluarga kami..moga dimurahkan lagi rezeki dan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ni..walaupun sedih terpaksa berjauhan tapi aku yakin rezeki Allah ada di mana-mana...walaupun hanya mampu jadi isteri every weekend je tapi aku harap setiap kali aku pulang aku akan buat yang terbaik untuk dia..


Wednesday, October 29, 2014

tiktok tiktok

Assalamualaikum....Alhamdulilah atas segala rezeki, nikmat kesihatan dan kesenangan yang Allah beri kepada kita insan yang sangat kerdil...macam dah lama tak update blog huhu..Alhamdulilah pagi tadi raptai convo and InsyaAllah Ahad ni berlangsunglah majlis konvokesyen yang ke-38 kat UPM. Through ups and downs, tak sangka dapat siapkan Master within less than 2 years...Allah blessed..dan ini boleh dikatakan sebagai hadiah wedding kot :)

How time flies...we've engaged for 7 months and lagi sebulan nak nikah...macam tak percaya orang yang aku kenal dalam Facebook gara-gara kucing la yang jadi bakal suami, InsyaAllah soulmate dunia akhirat..aminnn. So far, preparation banyak dah yang siap. Just hantaran je belum siap lagi..mudahan Allah permudahkan...

Pheww...bila ditanya macam mana bakal pengantin ada rasa berdebar tak? To be honest, belum rasa lagi sebab masih rasa tak percaya betul ke ni haha...lagi pun kerja kat ofis pun boleh tahan banyak huhu...but I was like a bit touched bila tengok kad kawen and bunting banner dah siap. Our name was printed there..and senyum jela haha...

Nothing much to say but I really wish everything goes well..and sorry I can't satisfy everybody. Let us do this walimah for the sake of Allah :)

Wednesday, September 17, 2014

Checklist

Assalamualaikum...harini just nak share to-do-list for wedding preparations..Alhamdulilah banyak jugak yang dah settle...errrr just be positive haha. But actually memang dah banyak yang settle and the rest is still in progress and insyaAllah siap la tu aminnn...

Okey, let's check it outtt

-baju sanding, pelamin settle
-catering settle
-doorgift settle
-photog settle

-kad half way, map aku tak siap lagi huahua tapi design semua dah ready
-baju nikah  tinggal nak hantar kat tailor...so kena cari beaded shawl, kasut
-hantaran ....omg this is so critical..manyak pening. Ok next month janji semua barang dah beli
-borang nikah..omg this is actually yang teramat paling penting. Tinggal nak isi dengan minta surat
-gelang aku and cincin abg (if possible)


Ermmm what else? Rasenye yang tu je kot...78 days to go. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan dan menyempurnakan niat suci kami ni...aminn

Wednesday, August 20, 2014

Survey Survey

Assalamualaikum...dah lama gile tak update blog huhu..dah bersawang nampaknye...life is as usual.. melalui hari-hari bersama keluarga dan yang  tersayang dengan baik..alhamdulilah..mudah-mudahan semuanya di bawah lindungan Allah. Pejam celik nampaknya lebih kurang 3 bulan lagi kami bakal disatukan..macam tak percaya plak..macam baru semalam kenal..rupa-rupanya dah nak masuk 4 tahun ye...:) 22hb ni pun dah 5 bulan kami bertunang...

Alhamdulilah persiapan ada la buat jugak huhu...last week baru berkesempatan survey butik baju, pelamin segala bagai...and finally jumpa jugak dan dah book..yeay! tinggal photog, kad, doorgift, borang nikah, barang untuk mas kawen dan hantaran OMG...ishh ishhh ishhh macam banyak je lagi kan huahua...urusan catering, khemah aku serahkan pada mak abah yang tentunya lebih arif bab-bab ni kannn...

Tak banyak yang aku nak katakan..aku cuma berharap kami dapat disatukan dalam sebuah majlis yang penuh dirahmati, cuaca pada hari tu baik-baik je, tetamu selamat dalam perjalanan pergi dan balik, makanan cukup dan sedap, dapat jaga hati semua orang, family sendiri dan family dia..

Last but not least, dear Mohamad Khairussani Hj. Borhan Nordin, soon to be my Mr. Partner dunia akhirat, saya harap kita sama-sama dapat melengkapi kekurangan yang ada pada diri ni, saling menjaga hati supaya kita lebih dekat dengan Allah, pandai membawa diri dan moga kita bertemu semula di tempat fitrah kejadian asal insan, Jannatul Firdaus...

Friday, April 11, 2014

Di Hari Bersejarah

Assalamualaikum...hai hai dah lama tak update blog. Alhamdulilah everything is great..thank you Allah for your bless :) Hari dah pun berlalu dan Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, dengan izin Allah kedua-dua "big event" yang aku nantikan berakhir dengan jayanya...:)

Tanggal 19 Mac 2014 merupakan hari Viva Voce master ku..tak sampai tiga minggu sebelum tu Dr Fazli iaitu supevisor aku ada bagi tau dan aku ingat dia main-main..aku baru bercadang nak apply cuti on that week sebab 22 Mac tu adalah majlis pertunangan aku...terkejutnya aku bila dapat tau dan aku terus nangis kat bilik dia haha..banyak dah cerita seram yang aku dengan dari orang lain pasal viva ni..masyaAllah...aku takut sangat kalau aku sangkut masa viva..dengan nak bertunangnya..aku takut sangat kalau jadi apa-apa...Dr advice aku, banyakkan solat hajat dan jangan nervous..insyaAllah u can katenya...dan dia suruh be a very positive person. Cakap dalam hati "This is my day and I'll go through this process once for entire of my life, and this will be the best gift for my engagement day". Nasihat Dr tetap tak jalan jugak huhu...last-last aku call mak aku dan cerita kat dia..My mom is the best adviser for me..her tender and soft advice sangat menaikkan semangat aku and I'm gonna do this for u mom! Dan bermula dari hari tu aku banyak mempersiapkan diri, just be prepared with the possible questions yang examiners akan tanya, touch up slides and keep on practice. Habis masa tu aku record guna hp la practice depan cermin la dan practice depan kucing ku yang asyik membuta je hehehe...

Alhamdulilah setelah berhempas pulas menjawab soalan Prof Laily dan Dr Sarjit,  tanggal 19 Mac 2014, 4:20 petang aku telah dianugerahkan Master of Sc. in Family Economic and Management with minor modifications..syukur Alhamdulilah...aku diberikan masa sebulan untuk buat corrections dan dapatkan endorse para examiners, supervisory committee dan chairman.Alhamdulilah semua tu dah selesai dan sekarang tunggu surat senate untuk convo on 1st-4th Nov nanti :)

Waktu tu dengan hati yang tenang aku ingat nak balik la cuti memandangkan persiapan belum habis lagi...sekali petang esoknya aku ada meeting! Ya Allah bila aku nak balik ni?? Aku pun jadi gelabah dan tak tau nak buat ape...tambah plak waktu tu aku tengah sentap dengan someone yang membuatkan mood aku tak elok..Aku terus call bf aku masa tu (sekarang dah jadi encik tunang la hehe). Dia pun give some advice and what should we do...aku dah la letih viva, dah banyak hari makan tak kenyang tidur tak lena..alih-alih nak meeting lagi. Dia cakap punya cakap last-last aku diam...hello hello? rupanya aku nangis haha..tak tahan dah masa tu..rasa serabut sangat. Lepas tu dia terus cakap tak pe tak pe esok lepas sayang meeting abang datang amik. Adoi rasa kesian plak kat dia..pada hal aku bukan suruh dia amik aku pun. Petang tu dia straight dari ofis kat Ipoh terus fetch aku kat Serdang huhu...

Once again, hari yang dinanti-nantikan...tanggal 22 Mac 2014, maka kami pun disatukan dengan ikatan pertunangan...dan insyaAllah walimah will be on this December :) Rasa macam tak sangka we're one step closer...dengan izin Allah, perkenalan di Facebook pasal kucing telah menyatukan hati kami. Kami sama-sama suka kucing dan aku ada bela banyak kucing..dia ingat aku dealer kucing haha..asyik mintak kucing aku je...tiga bulan dok mintak last-last aku suruh dia datang amik kat rumah aku...kitten jenis burma masa tu..dan bermula dari tu la kami rapat..masa tu hujung tahun 2010
Mak abg, fana, mak fana..syg dua-dua

Terima kasih pada family kami yang banyak mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kami..insyaAllah moga kita akan terus bermahabbah bukan saja di dunia tapi sampai kita berbalik kepada Allah...insyaAllah...sayang semua :)

Wednesday, February 26, 2014

Excited!

Assalamualaikum...dah lama tak update blog huhu..Alhamdulilah kehidupan sekarang semakin baik...syukur atas pertolongan dari Allah :) Masa berlalu tak terasa...sekarang aku dalam proses tunggu viva..mudahan semuanya berjalan dengan lancar..dan tahniah pada Wong sebab dah dapat title Dr. Congrats Dr. Wong :) Mudahan kita di sini akan terus jadi pejuang dan pencinta ilmu ikhlas kerana Allah...

Alhamdulilah..start bulan 3 ni aku sekali lagi akan mulakan tugas dengan projek yang baru...dan income yang lebih sedikit dari dulu..aku dapat rasakan kali ni task lebih tough memandangkan terpaksa cover 1 Malaysia...mudahan sentiasa ada pertolongan dari Allah...dan insyaAllah 22 March ni adalah E-day aku dan dia..mudahan ini satu permulaan yang baik buat kami 2 keluarga...aminn..thank you mak abah sebab banyak tolong dan merestui kami..berkat doa dari orang tua kita la yang menjadikan siapa kita pada hari ini..Alhamdulilah...

Alhamdulilah thank you Allah...sayang mak sayang abah sayang semua :)

Monday, September 30, 2013

So touched...

Assalamualaikum..Alhamdulilah thank you Allah for the good life, for the sweet n wonderful people around me, who have always encourage me n pray for me 

Last week pergi tengok rumah dgn abang dan family ku..to be honest, I'm so touched by ur efforts abg..InsyaAllah, Allah will ease our journey...Alhamdulilah..Now starting untuk beli ape yang patut..abang was so excited last night..looking and googling for curtains and paint for wall..and I said, abang be calm..kite beli ape yang penting dulu..(of cause I mean mesin basuh, peti sejuk and alatan untuk memasak haha).I'm so happy for u..mak abah got no prob with that house..cantik katenye..dekat dgn rumah mak abah dan bakal rumah mertuaku hehehe...I do encourage him to buy a house selepas memikirkan harga rumah naik mencanak-canak..finally, this is ours :)


Rumah baru..rezeki org nak kawen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...