search this blog!

Saturday, December 31, 2011

So-long 2011!

Pejam celik pejam celik dah hari last tuk 2011..Hope 2012 ni menjanjikan something yang lagi baik..Even aku akhiri 2011 ni dengan something yang tak brape nak baik, tapi tak pela..God knows everything. I accept it and truly accept it with no doubt..Life must go on..thanks to such a wonderful people out there yang give me thousand colors in my life. Thanks guys!


2012, here I come! 

Thursday, December 29, 2011

Aku kata..

Andai suatu hari nanti aku jadi kekasih, moga aku lah kekasih yg tiada prasangka mahu pun cemburu buta..menjadi pen dan kertas buat sang kekasih, memahami keadaannya dan menaruh rasa percaya biar pun tidak di depan mata..kerana cinta itu hanya berdua dan bukan bertiga..Andai suatu hari nanti aku jadi kekasih, biarlah kekhilafan yang lalu aku jadikan pengajaran, moga ia takkan berulang kembali yang hanya merosakkan perhubungan..Yang berlalu biarlah di situ. Kenangan hanyalah sejarah dan bukan masa depan.Namun aku berterima kasih pada kenangan kerana memberi aku pelbagai perasaan. Terima kasih pada mereka yang turut mencorakkan kenangan itu..Andai suatu hari nanti aku jadi kekasih semula, maka dari sekarang aku harus perbaiki diri. Moga aku mampu berkongsi cahaya kegembiraan bersama dia yang telah ditakdirkan untukku...

Sunday, December 18, 2011

A new me

Selamat petang diriku..Alhamdulilah..harini lebih baik dari semalam dan semalam dan semalamnye =D kan indah kalau perasaan ni dah lama datang dari dulu. Tapi takpe lah kita kena belajar dari kesilapan. Lepas ni tak payah nak cemburu buta dah, nak prasangka, nak maki hamun especially kt Facebook. LOL! Dah tak payah nak sarcastic sangat haha..Rupanya teruk jugak aku ni ye haha. patut la orang tak suka:p Hanya yang rapat je tahu aku ni macam mana. Perhaps..


Ibarat dah terhantuk baru terngadah..baru aku sedar yang aku ni dah cukup tua nak berperangai seperti budak-budak. Maafkan aku..Pada yang tertempias sama, aku minta maaf. Even this apology tak terucap pada korang sume. Kehkeh..And sekarang aku sudah mampu tersenyum, ketawa dan menikmati kehidupan di luar tempurung. Banyak rupanya benda-benda menarik yang aku belum explore. After rain, comes a rainbow. Moga perasaan ni kekal. Amin...And yang paling best, aku dah dapat makan dengan girangnya! Rasa macam berat badan dah berjaya naik. yay!


# Officially quit from be a Stalker. Bangga seyh!

:)

Aku cinta, aku kasih walaupun kau tidak pernah memberi hatimu....

Thursday, December 15, 2011

....................................

Aku redha untuk kau yang aku cintai. Mungkin ini kesilapanku. Aku redha andai kau jauhkan diri. Andai pilihanmu yang lain, maka aku harus hormati. Jika kau mampu tersenyum dengan insan yang lain, maka mengapa aku harus menahanmu dari terus tersenyum? Itu tidak adil namanya...Aku doakan kau bahagia dengan orang di sekelilingmu. Aku belum lagi kejam, memaksa kau pura-pura bahagia dengan aku. Doa sudah aku mohon pada tuhan. Tapi nampak seperti aku seorang saja yang beriya-iya bermimpi melayari bahtera bersama. Mungkin takkan termakbul andai pihak lagi satu tak menginginkan benda yang sama. Aku doakan kesejahteraanmu bersama orang yang kau pilih dan sayangi. Tiada dendam yang terpendam. Moga kau doakan kebahagiaan aku jua..

Thursday, December 8, 2011

Ada cahaya..

Apa khabar cahaya lagi satu? Cahaya di sini ok-ok saja. Malam ni ada sedikit gembira. Amir beri aku dengar lagu barunya. Sedap..Ni dah berapa kali back-to-back. Ok lepas ni aku bluetooth dalam hp ok. Munif pulak sedang lukis gambar aku yang duduk atas buaian kat tepi sawah tu. Sape tak kenal Munif. Pelukis hebat di Kuantan. Teluk Chempedak dah jadi tempat biasa dia berkarya..Aku gembira, aku harus gembira. Moga kau juga gembira...


Ok aku nak humming lagu Telus ni kejap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...