search this blog!

Saturday, May 26, 2012

Undisclosed love

Assalamualaikum...Alhamdulilah masih lagi bernafas.Masih lagi berpeluang untuk bertemu dengan wajah-wajah kesayanganku..Harini baik-baik saja..Sama macam yang sebelum ni. Aku bahagia, tenang dan gembira..


Demi tuhan, kita bertemu dan berpisah..Aku sangat hargai pertemuan ini..Kau sebahagian daripada kehidupanku..Selepas keluarga, kau lah orang yang aku sayang..Tapi sayang, apa yang kita lalui sekarang ni ibarat 'Undisclosed love'. Lidah kelu, tak mampu nak berkata-kata. Kita masing-masing hanya mampu berkias.Aku takut..takut peristiwa lama berulang. Itu semua sebab aku terlalu mengharap, terlalu meletakkan harapan yang tinggi..Tapi sekarang biarlah masa yang menentukan segala-galanya..Seperti yang kau selalu katakan padaku..InsyAllah, masa akan menentukan segala-galanya..


Biarpun pertemuan kita hanya di laman MukaBuku..tapi hati aku telah jatuh cinta..bukan pada dirimu terlebih dulu. Aku jatuh cinta pada keluargamu! Di hari kau ingin bertandang ke rumahku, aku tak tahu nak cakap apa pada emak bila emak mula bertanya kau tinggal di mana, rakan satu sekolah ke. Aku sendiri pun tak tahu kau siapa. Lepas tu baru aku terfikir nak kenali mu melalui gambar-gambar di MukaBuku. Aku terpana..Gambar pertama yang aku lihat ialah gambar kau seisi keluarga..Sejuk mata memandang..Aku jatuh cinta..


Walau apapun kenyataannya selepas ini, aku tetap terima dengan hati yang terbuka. Tak mengapa kalau ia undisclosed. Sekurang-kurangnya iman kita terjaga..Keakraban kita sekarang ini pun sudah cukup baik bagiku..Bahagia rasanya..:)

Friday, May 18, 2012

Hehe macam-macam hal!

Assalamualaikumm...Phew what a hectic Friday lah hehe..all in one! mang rasa penat, macam robot, busuk akibat peluh, almari baju bersepah, kerja banyak tak siap, dapat beberapa news yg sangat urgent tapi sempat p dating hahaha


Actually Isnin takla blues sangat bagi aku. Jumaat lagi hectic sebab banyak kerja yang bakal jadi on the following week akan dilambakkan pada hari Jumaat huhu..dah la Jumaat tu rasa mcm singkat je waktu dia sebab break lama sangat.  Ermm apa boleh buat..hadap jela. Janji kita tetap senyum..:) Btw thanks to Ming sebab inform aku pasal final exam untuk research method punya kelas. warghhh!!bile masa la plak ade sit-in untuk final exam for postgrad neh??nsb ade lagi sebulan nak prepare. Next two weeks dah la kena hantar assignment yang marks dia carry about 40% huhu..hopefully semua ok la sebab Prob stat aku pun got no prob and Dr cakap everything pun clear. Alhamdulilah..just aku nak tunjuk the whole chaps kat advisor aku je..masakkk..


Lagi satu hal yang bikin pening pale aku ialah nak apply grants ni. Gile lah, dalam portal cakap next month close date. Aku pun baru je check kmarin and Zuzu n Tati pun baru je sembang2 psl benda tu. Tup tup Dr msg aku cakap mgu depan last. Gile terperanjat hati beta huhu..Dia suruh isi mana yang boleh. Aku rasa mang banyak yang tak boleh. Ni 1st time kot aku apply grant tu. Hope dapat la 15k banyak kot tuk cover project aku nanti..mintak-mintak sumenye ok laa..InsyAllah..


And petang tadi sempat plak aku jumpa dengan Mr Kepok runner aku tu haha..ehh awal plak habis kursusnya. Aku plak yang kelam-kabut wehh..last2 aku cakap bagi aku masa jap. Aku nak angkat kain haha bengong je. Kali ni aku tak berapa kaku la..banyak jugak yang kami sembang-sembang:) Last-last baru la aku bagi kek kat dia hehehe..ohh malu haha. Ye-ye je dia cakap mesti sedap ni..kang otw balik tak sempat sampai rumah mesti dah abis ni..haha pandai yela ek hehe..


Ok la, may Allah bless and ease ur journey. Cik cefy tak buat hal kira ok la tu:) Tata..ILY

Thursday, May 17, 2012

Hatred

Assalamualaikum...what a wet Thursday..mendung je pagi ni hehe..adakah semendung hati ni? jeng jeng jeng..Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk mungkin datangnya dari kesilapan dan kealpaan diri sendiri..Apa pun hidup mesti diteruskan, bersyukur dengan segala kurniaan Illahi...

Sekarang, apa yang boleh aku pesan dalam diri ni ialah selalulah berhati-hati dalam melangkah..dalam semak mungkin ada duri yang kita tak nampak. Mungkin ada kalanya kita terpijak tapi perjalanan tetap harus diteruskan..Jangan fobia melangkah sebab mugkin ada sesuatu yang berharga sudah sedia menanti di penghujung jalan:)


Malam tadi bukanlah hari yang begitu baik bagi aku..Tapi entah macam mana..mungkin kebiasaan untuk marah-marah itu sudah tiada. Walaupun sakit telinga menadah kata-kata pedih tapi aku tahankan saja. Hormat atas dasar perbezaan usia..Susah ke untuk kita saling menghormati? Nak ditegur aku segan, tak tahu macam mana nak mulakan bicara..maklumlah aku kan orang baru dalam rumah ni..mereka sudah aku anggap seperti kakak-kakak..


Aku harap mereka akan ubah sket perangai mereka tu. Jangan cepat marah-marah, jangan terlampau berkira, jangan cakap main lepas sampai terguris hati orang lain. kalo boleh tegur la baik-baik. Semua orang dalam rumah ni dah besar, patutnya di layan sebagai orang dewasa:) Jangan baru buat kerja sekali dua sudah mengungkit..Orang lain pun ada buat juga tapi mungkin tak tunjuk depan-depan..kadang-kadang sedih dan tak tahan dengar mereka memaki kucing-kucing gelandangan yang tumpang makan di rumah. Bila tengok mata meow-meow tu aku jadi tak sampai hati..mesti dorg faham kata-kata manusia kan...Maafkan aku yang tak dapat nak menolong...


Tuesday, May 15, 2012

Kek batik, with love

Assalamualaikummm...harini aku begitu teruja sekali..buat pertama kalinya aku nak bagi dia rasa masakan aku yang tak seberapa ni hahaha..kebetulan dia ada kursus di Kinrara esok. So katanya hari khamis nak bertandang ke rumah sewaku ni hehe..Ohh begitu nervous walaupun hanya perlu buat kek batik yang paling senang di dunia hehehe..tah macam mana kebetulan aku memang dah beli bahan-bahan nak buat kek batik pn tadi..Cerita punya cerita rupenye dia tak tau kek batik tu macam mana haha..maybe dia pernah makan tapi tak tau yang tu namanya kek batik hehehe..Bila di tanya nak ke? Jawabnya 'nak nak' dengan penuh teruja hehe..


Ok la kamu, hati-hati otw ke Kinrara nanti. Moge dapat manfaatkan ilmu yang kamu dapat masa kursus nanti ok:) My pray is always with my family and you...:) Sy tunggu kamu datang ye..Syg semua, syg selalu:)

Sunday, May 13, 2012

Kepok runner!

Assalamualaikummmm....harini aku nak update pasal semalam. Tq my Mr. kepok runner..susah-susah je singgah rumah semata-mata nak bagi kepok leko yang di borong dari ganu. Muke pun nampak letih je huhu..tapi tak sempat nak sembang lama ngan abah ekk sebab nak drop beberapa org kawan..tapi takpela tq ye bagi..I really appreciate that dear:) Pagi tadi baru mak goreng. I'm not really sure either kena rebus balik or goreng haha..tapi sedap jgk:) Lega rasanya hati ni awk selamat sampai, mak abah pun selamat sampai tadi..lately mata kiri aku asyik bergerak-gerak je..orang kate ade benda sedih yang nak jadi, tak pun ade something yang buat kite menangis..takot dan risau..tapi takde pape kot. If nak jadi pun biar lah tu perihal diri aku je. Hope tak jadi kat org-org yang aku sayang..InsyAllah..


Again, tq my Mr kepok runner. ILY :)

Wednesday, May 9, 2012

Smile :)

What a great Wednesday :) while finish up my proposal assignment, sempat lagi nak berblogging haha..Just wanna express my thankful, Alhamdulilah..praises to Allah for a good life now. I have nobody to help me except Allah..Moga di waktu lapang dan senang begini takkan sesekali lupakan Allah kerana kadang-kadang Allah memberi anugerah dalam bentuk cubaan dan menguji kita dengan sesuatu nikmat. kalau kita nak Allah tolong kita waktu kita susah, kita jangan sesekali lupa Allah waktu kita senang..Susah dan senang tu semua pemberian dari Allah...apa yang penting kita redha:)

Thursday, May 3, 2012

If only I could..

Hye..harini Khamis. Pagi yang tenang, setenang hatiku..Thank you Allah for blessing me and the people I love most in my life..my family, my friends or even the people who hate me:)


Bila ingat balik kesalahan yang aku dah buat dulu..malu rasanya. If only I could turn back time..Tapi tu sesuatu yang mustahil tuk berlaku kan..So apa yang paling penting sekarang aku takkan ulang balik kesilapan yang sama..If aku ulang balik maknanya aku sengaja ulang dosa yang sama..Dulu mungkin terlalu ikutkan darah muda. Tapi sekarang pun aku masih muda ape hehehe..Usia klimaks macam ni la paling banyak cabaran..Hidup ni sentiasa ada dua pilihan. Terpulang pada kita mana satu jalan yang kita nak pilih. Aku tak mahu lost in lust macam dulu..


Benar kata-kata di dalam kalam suci, Kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemurkaanNya..sekarang baru terpampang depan mata. Sekarang baru aku nampak..Sesuatu perkara tu mungkin nampak cantik dan sempurna di mata kasar tapi sebenarnya membawa kemudaratan dalam hidup kita..Mungkin bukan dalam jangka masa terdekat tapi bakal berlaku di masa akan datang.


Selain nikmat paling utama dalam hidup aku iaitu dilahirkan sebagai orang Islam, ini lah nikmat yang aku rasa sangat mengubah rentak hidup aku..Few years back aku macam orang tak tahu bersyukur, Islam pada nama tapi hanyut dalam nafsu sendiri. Aku tak salahkan sesiapa. Mungkin aku sendiri yang senang terpengaruh. But thank you Allah for your blessing. You are so compassionate and so merciful and answer all my prayers. Thank you Allah for listening and taking care of all my needs..I'm trying to be a good daughter and a good Muslimah too..aaminnn

Tuesday, May 1, 2012

1st May 2012,a silent and whisper meet up

1st May..it's a labour day and of course lah kan public holiday..so cuti yang ada ni boleh la santai-santai dan buat free activities hehe..Macam harini, actually it wasn't a perfect and detailed plan to meet him. Setelah di consider the offers so rasanya harini boleh la kot nak jumpa. Few years back was a day I met my ex and lepas tu dah takde. So it kinda a very weird feeling. I don't talk too much except for sengih2 like kerang busuk haha..Actually this is the third meet up. Two times with my parents and this time I convinced my mom to met him alone..and Alhamdulilah mak allow us to meet but "don't go too far" haha..ok mak


Seems dia masih tak biasa dengan jalan nak ke rumah, I don't hope too much yang dia akan berjaya jemput aku di rumah sewa ni hehe. But then I told myself, if dia ikhlas nak jumpa, may Allah allow him to come and perjalanan dia dipermudahkan. After solat Zohor dia call and nearly arrived. As usual, aku memang ada problem if nak bagi direction haha..but thanks to Kak hajar because I pass my phone to her and dia yang tolong bagi direction. How bad lah aku ni haha..


We went to Alamanda, the nearest place after The Mines and Jusco haha..makan-makan and teman beliau beli kasut but then lastly beli porch bag haha..round-round( actually tersesat dlm Putrajaya, haishh) haha. dia bawak tgk track drift and hv some chitchat.As usual aku banyak diam.Damn haha..And now he's on the way back to Ipoh. May Allah bless your journey..aaminnn:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...