search this blog!

Monday, October 29, 2012

Aidiladha yang indah :)

Assalamualaikum..selamat pagi Isnin yang indah. Alhamdulilah masih lagi bernyawa dan bertemu dengan insan-insan tersayang..Alhamdulilah aidiladha kali ini disambut dengan penuh meriah serta kesyukuran..di serikan pula dengan kehadiran sanak-saudara dan yang tersayang..terima kasih kerana sudi datang :) dan padan muka jugak sebab kena buli dengan abah haha..tapi aku rasa itu satu perkembangan yang baik..mudah-mudahan dapat mengeratkan ikatan antara kita semua..hehe bila ingat balik kejadian awak kena paksa makan oleh mak sampai nampak sangat muka awak menahan kekenyangan hehe..kesian ekk..pastu abah pula ajak solat maghrib di surau..nasib awak tak tolak ekk.kalau tak dengan awak2 kena reject huhu..boleh pulak abah cakap nak naik kete awak la..kete terbang katenye haha adoyaii..sempat lagi balik dari solat ajak dia dan membernye singgah lagi minum-minum..

oleh kerana malu sangat, aku pass hadiah birthday kat abah..omg hope awak tak kesah..soalan yang berbalik-balik ditanya pada aku, "bila nak datang sini pulak?" adoyaii segannye..sepertinye sudah dihidu oleh kak yong or achik awak..katanya mesti datang jugak..InsyaAllah suatu hari nanti ye sayang..

ok la mari sambung buat koje balik..sayang semua, sayang selalu..

Sunday, October 14, 2012

Bina impian

Assalamualaikum..pagi Ahad yang menyenangkan hati..terima kasih ya Allah, masih lagi berpeluang untuk membuka mata, meneruskan hidup dan dapat berhubung dengan yang tersayang..ceria sungguh suara kakak dan mak pagi ni :) Pagi subuh yang disambut dengan perasaan yang tenang lagi gembira..tergerak hati ingin mengejutnya untuk solat Subuh padahal harini bukan hari bekerja dan sememangnya aku sudah tahu yang dia bangun terlebih dulu dari aku..saja nak test kesayangan saya ni dah bangun ke belum..dari riak mesejnya dia mungkin fikir aku mamai or lupa yang harini hari Ahad..hehe sampai tanya "..tp harini Ahad kn yunk..nk p ofs ke cyg.." hehe saja nak pastikan awak sudah bangun..:)

Terlajak kami berbicara, katanya malam tadi mimpi best..dia masih berteka-teki pasal mimpinya tu..di suruhnya aku teka..alamak agak susah nak diteka ni..tanpa banyak bicara dia pun cerita la pada aku..katanya malam tadi dia mimpikan kami berdua daki gunung kinabalu, sampai ke puncak. Siap plan nak daki gunung lain pula tapi sudah terjaga..:) Tafsir mimpi yang baik..mungkin akan mencapai kejayaan atau bina impian bersama..mudah-mudahan Allah berkati..yang baik datangnya dari Allah..aku doakan semuanya berjalan dengan baik..aku masih lagi tersenyum sehingga kini. Harapan dan doaku agar kita sama-sama berjaya dan dapat capai impian kita bersama..

terima kasih ya Allah..moga pertemuan ini membawa 1001 rahmat serta kebahagiaan buat kami semua. malam tadi dia mms gambar ummie dan alia..dua beradik yang comel dan dah besar :) sambil melihat, aku mengharap..harapanku agar suatu hari nanti aku dapat jadi sebahagian dari keluarganya..aku dapat rasakan dia datang dari keluarga yang baik-baik..melihat air muka abahnya, maknya, abang serta kakak2 nya sudah cukup memberi jawapan yang sempurna pada aku..wajah yang diberkati..ada ketenangan di situ..moga Allah menyambut baik harapan ini..insyaAllah aamiinn:)

Sunday, October 7, 2012

Ya Rabb

Assalamualaikum..pagi Ahad yang tenang, tapi jiwaku seperti berkocak..Ya Allah, dah lama aku rasakan nikmat ketenangan yang kau beri..tapi harini seakan-akan ada benda yang serba tak kena. Adakah ini hanya perasaanku..mungkin juga kerana aku uzur. Alunan zikir terapi diri sangat mensayukan hati ini tapi aku masih rasa tak tenang..tah apa yang ada dalam fikiran ni..macam-macam benda, saratnya..

Sejak dua menjak ni aku mimpikan sesuatu yang tak baik. Mimpi kucing, budak, bayi, tempat kotor, ditambah pula dengan jiwa yang sering gelisah, sakit-sakit sendi dan di bahagian belakang..perlu ke aku berubat di mana-mana pusat perubatan Islam? aku takut..Ya Allah, hambaMu ini minta perlindungan dan pertolongan dari perkara yang tak baik, anasir jahat dan dengki khianat dari manusia itu sendiri..

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk mungkin datang dari kesilapanku yang dulu..ampunkan aku ya Allah..:(

Thursday, October 4, 2012

^__^

Assalamualaikum..petang yang mendung. Period pain menambahkan lagi ksejukan yang aku rasa huhu..Alhamdulilah dia sudah pun selamat pulang ke malaysia yang tercinta ni muahaha..Ermm ingatkan rindu lah sangat..tapi dah asyik2 call je..tak jadi nak rindu-rindu haha..call dari kementerian pelancongan ho chi minh katenye haha..ade2 je ekk..

Kerja masih banyak..tapi semangat dari family, Dr Fazli dan dia selalu buat aku kuat. Bukan senang nak senang..kalau boleh aku nak bina impian bersama..biar kita semua berjaya..buat siblings yang masih menuntut ilmu, moge tercapai segala impian dan cita-cita..dan awak juga, kesayangan saya:) 

I've lost someone before..tapi tak pernah sangka yang Allah akan beri dan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. memang indah ketentuan tuhan..Thank you Ya Allah..Moge pertemuan ni membawa 1001 rahmat dan kebahagiaan buat dua keluarga kita. Aaminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...