search this blog!

Monday, January 21, 2013

Shopping time with love one

Assalamualaikum..hari Isnin yg so-so..Alhamdulilah masih lagi diberi peluang untuk bernyawa, masih berkesempatan untuk muhasabah diri...19 Januari yang lalu kesayanganku datang ke sini..janji mahu shopping sama-sama katanya..aku tidak lah menganggap itu sebagai janji..insyaAllah jika tiada aral bolehlah kita berjumpa..Alhamdulilah dia pun telah selamat sampai dan pulang semula ke rumah..kali ini dia sampai ke rumah agak awal(at least bukan selepas subuh seperti selalu). Kesian juga kadang-kadang dia berulang-alik dari ipoh ke serdang..mesti letih kan..ermmm

Seronok rasanya dapat meluangkan sedikit masa dengan dia..ye lah masing-masing pun busy..maybe lepas ni agak susah untuk kami spend our weekend time together, memandangkan abahnya dah suruh start buat kerja di kebun...tak pe la kita dahulukan kerja yang penting ye..Sepanjang keluar bersama, ada saja benda yang melucukan..sampai sekarang masih lagi tersenyum bila teringatkan balik hehe..macam-macam la awak ni :)

Cuma satu perkara je yang membuatkan hati aku tersentuh..masa di Red Wok, dia minta aku jagakan sunglass dan kunci kereta..aku menunggu menu di hidangkan. Baru air saja yang sampai..ada lah dalam lebih kurang 10-15 minit..aku syak dia bukan ke toilet tapi solat Asar..tiba-tiba dia menyapa aku dari belakang, dengan wajah dan lengan yang masih dibasahi dengan wudhuk..aku hanya tersenyum..dan giliran aku pula minta dia jagakan handbag..hati aku senang..

Tiba waktu maghrib. Kami hampir sampai ke rumah aku..tapi dia seperti tak mahu hantar aku pulang lagi..request la lagi 1 tempat katanya..ok la, kita maghrib dulu di Petronas. Disebabkan ruang solatnya agak kecil jadi aku terpaksa tunggu lelaki 2 3 orang selesai solat dulu..selesai dia habis solat dan dia jagakan beg aku..entah mcam mana masa nak ambil beg dia tersentuh tangan aku.maka batal lah wudhuk aku..ape lagi terpaksa la ambil yang baru..dia hanya ketawa..ketawa jahat haha..

Seperti biasa, aku bekalkan dia dengan makanan, hasil air tangan yang tak seberapa..katanya nasi ni sedap tapi nasi apakah..hehe tu la nasi serai...cuma custard coctail tak boleh makan dah..maybe sebab lama sangat dok dalam kereta..tak pe lah nanti saya buatkan lagi..

Aku hanya nak mengucapkan rasa syukur, rasanya seperti Allah sudah ketemukan aku dengan insan yang betul..keluarga pun sudah kenal tapi aku tak mahu terlalu expose pada pihak keluarganya memandangkan aku masih lagi belajar..dan aku rasa dia pun faham. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita dapat bersama..seperti yang dia selalu pesan pada aku, "sama-sama kita berdoa mudahan takdir kita dapat bersama ye.." kalau ini yang terbaik buat kita, keluarga dan agama, why not we pray the best for us...

Friday, January 11, 2013

stay strong deary..

Assalamualaikum...selamat berhari Jumaat..ermmm banyak benda yang aku nak ceritakan..harapan aku agar ujian yang menimpa ni dapat membuatkan kita menjadi lebih kuat dan muhasabah diri...ada sedikit masalah di office nye..inner conflict yang bermula sejak bulan 6 tahun lepas akhirnya meledak juga baru-baru ni..aku dapat rasakan kesedihan yang ia alami..tapi Alhamdulilah aku rasa dia masih mampu bersabar dan mengawal rasa marahnya walaupun dia dah menjadi mangsa keadaan..kalau keputusan untuk tukar bahagian tu baik untuk dirinya dan orang lain, aku doakan moga semuanya dipermudahkan..aku tau dia bukan macam tu, jenis yang takkan mengalah...sehari dua ni dia banyak meluahkan rasa kesal dan sedihnya atas apa yang berlaku..aku doakan yang terbaik untuk dia..

Di sebalik apa yang dah terjadi, dia sempat berkata; syg, bila sani fikir balik mungkin ada hikmah disebalik apa yang dah jadi walaupun hati ni sedih dan tak dapat terima..tapi ni la peluang untuk kita muhasabah diri, duduk bercakap seorang diri, betulkah kita memang seperti apa yang orang lain katakan..

Aku betul-betul admire sikapnya yang matang tu..dia banyak beri nasihat pada aku..pasal study, pasal hidup and baru-baru ni pasal dia minta maaf sebab jarang ajak aku keluar..katanya antara kita ni masih ada batas-batasnya..demi Allah, saya sayang awak...

Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan..susah senang kita hadapi bersama..moga kekal hingga ke syurga...di hari Jumaat penuh barakah ni moga Allah angkat doa orang yang teraniaya...syg, don't give up..I always pray the best for u

Tuesday, January 1, 2013

So long 2012, welcome 2013

Assalamualaikum..selamat pagi Selasa. Alhamdulilah harini kita dah berganjak ke tahun baru Masihi, 2013..Syukur masih lagi dapat menghirup udara segar, masih bernafas di bumi tuhan..sekejap rasanya masa berlalu..tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan..ada yang pahit, ada yang manis..itulah resam manusia, tak lari dari ketentuan Illahi..aku masih belajar dari kesilapan yang lalu..mudah-mudahan tahun ini dapat menjanjikan sesuatu yang lebih baik..insyaAllah

Cepat sungguh masa berlari. Usia pun dah nak masuk 25..makin terasa bebanan tanggungjawab di bahu..semalam aku dan dia bercerita panjang..masing-masing merenung masa depan..moge kehidupan syg bertambah baik..jangan takut..susah senang kita harungi sama-sama..yakin dengan takdir Allah, insyaAllah moge kita sentiasa berlapang dada..pagi ni ceria sungguh dia..baru je bagi tau yang wce dah idop..tak sangka mimpi aku semalam jadi kenyataan..anyway tahniah sygku..i'm happy to see u happy :)

buat family tersayang, tambah plak buat orang tuaku yang semakin lanjut usianya...aku doakan mereka panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik..moge kami dapat membalas segala jasa dan budi baik mereka selama ni..insyaAllah..

Selamat tahun baru 2013...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...