search this blog!

Friday, February 22, 2013

meet parents session

Assalamualaikum..hari Jumaat yang indah, walaupun macam-macam yang ada di fikiran. Main priority aku buat masa ni hanyalah pada study. Tambahan pula tengok kawan-kawan semuanya sudah pulun untuk submit thesis..terus terang aku katakan ini bukanlah proses yang mudah, tak semudah masa buat "mini thesis" masa degree dulu..adakala sampai termangu, betul ke jalan yang aku ambil ni..mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya..InsyaAllah...

Sejak dua menjak ni dia asyik bertanyakan hal yang sama..dan aku masih tiada jawapan. Takut nak buat keputusan sebab memikirkan aku masih study..Tak tahu macam mana nak mulakan perkenalan dengan mak abahnya..Buat masa sekarang fokus aku hanya pada study..katanya umur dia makin tua, dan mengharapkan ada perubahan dalam hidupnya..aku faham..tapi kekangan masa ni yang buat aku banyak berfikir. kadang-kadang nampak macam berdalih dan acuh tak acuh..sampai dia pun hairan takut-takut aku ada kawan lelaki yang lain..bukan tu masalahnya..cuma aku belum bersedia..

Semalam aku tanya pada dia, kalau tunggu lagi 2 3 tahun boleh kan..dia jawab insyAllah dia mampu tunggu..cumanya mak abahnya dah selalu tanya dan baru sekarang dia ada keyakinan nak perkenalkan aku pada parents nye lepas betul-betul make sure yang kami ni memang sayang antara satu sama lain..aku kena jugak bincang dengan parents aku dulu..aku tak boleh nak buat keputusan sendiri..dalam hati ni takut jugak kalau parents nye tak berkenan dengan aku..apa pun yang jadi aku redha...

Ya Allah, beri aku kekuatan untuk berjihad dalam menuntut ilmu ni..ni lah keutamaan aku..soal jodoh, bila sampai masa yang tepat insyAllah kita akan bersatu jugak..

Friday, February 8, 2013

Mimpi, lucu dan ketawa comel

Assalamualaikum..hari Jumaat yang indah. Office sedikit lengang..maklumlah dah nak cuti CNY..aku pun half day je harini hehe..Semalam aku berbual agak lama dengan kesayangan..First time aku call rumahnye guna fon unifi free kat rumah tu..yela selama ni call mak je, tak tau nak call sape..semalam aku buat pre-test dengan dia.Soalan yang agak panjang and aku rasa perlu sangat2 buat penambahbaikan pada instrument huhu..dari soalan yang kami go through part by part, aku rasa aku sudah boleh membaca polar pengurusan kewangan encik kentoi kesayangan saya ni..Ermm not bad, at least memang ade buat saving..kate nak kawen...:p Ada jugak soalan yang berkaitan dengan orang yang dah berkeluarga. Hehe dia hanya ketawa..ketawa panjang plak tu, sampai aku suruh dia stop jangan ketawa dah haha..terungkit jugak pasal "pakcik" di pizza hut masa kami mula-mula keluar kat Alamanda dulu haha..comel

Haritu dia cerita yang dia mimpikan sesuatu..aku pun tanya la kenapa..dia cakap mimpi kami buka rumah penjagaan meow..haha lawak la.aku pun terkejut dan tanya eh, saya pun ade jugak? Hehe katenye mesti la ade..tapi mase tu kite dah hidup bersama la.ohh aku terkedu, tak tau nak reply ape..aku hanya ketawa dan cakap aje handa mimpinye ek..dia cakap macam betul, tapi harap2 bialah betul ek..dan suruh aku doa moge jadi kenyataan..insyaAllah sygku...

Tertarik dengan budi pekerti, sikap rajin dan matang, takde sebab untuk aku tolak apatah lagi nak menidakkannye..sama2 kita doa yang terbaik ye..:)

Thursday, February 7, 2013

For the time being...

Assalamualaikum..cuaca yang mendung. Alhamdulilah masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup, muhasabah kembali diri ni..Kehidupan macam biasa saja, baik dan tenang di sisi keluarga dan yang tersayang..Semalam terlanjur kami berbicara tentang kewangan, simpanan untuk masa depan..Katanya apa nak dibuat dengan duit yang kita simpan..aku berkongsi serba sedikit ilmu yang aku ada..dia bertanya lagi dan lagi sehingga aku kekeringan idea..dalam hati aku tau dia mesti nak cakap pasal perancangan yang itu..memang tepat sekali tekaan aku, simpan duit untuk menamatkan zaman bujang..katanya, doakan la supaya satu hari nanti kita dapat bersama..InsyaAllah, selalu aku doakan. Tiada daya untuk menolak sesuatu kemudaratan dan tiada kuasa untuk mendatangkan kebaikan melainkan dengan kudrat iradat Allah..

Malam tadi sebelum tido, macam biasa aku berwudhuk dan sedikit berdoa..mengalir juga air mata ni mengenangkan kesilapan yang lalu..kadang-kala aku benci diri sendiri..moga Allah mengampuni...aku mimpikan awan berarak rendah, bintang bercahaya di langit. Seperti aku mampu menyentuhnya dengan hujung jari..lalu aku terkejut jaga dan terus hantar mesej kejut dia bangun..aku cerita pada mak..Alhamdulilah mimpi yang baik..

Apa-apa pun Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita semua..teruskan berdoa, aku terima semuanya..insyaAllah..aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...