search this blog!

Friday, April 11, 2014

Di Hari Bersejarah

Assalamualaikum...hai hai dah lama tak update blog. Alhamdulilah everything is great..thank you Allah for your bless :) Hari dah pun berlalu dan Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, dengan izin Allah kedua-dua "big event" yang aku nantikan berakhir dengan jayanya...:)

Tanggal 19 Mac 2014 merupakan hari Viva Voce master ku..tak sampai tiga minggu sebelum tu Dr Fazli iaitu supevisor aku ada bagi tau dan aku ingat dia main-main..aku baru bercadang nak apply cuti on that week sebab 22 Mac tu adalah majlis pertunangan aku...terkejutnya aku bila dapat tau dan aku terus nangis kat bilik dia haha..banyak dah cerita seram yang aku dengan dari orang lain pasal viva ni..masyaAllah...aku takut sangat kalau aku sangkut masa viva..dengan nak bertunangnya..aku takut sangat kalau jadi apa-apa...Dr advice aku, banyakkan solat hajat dan jangan nervous..insyaAllah u can katenya...dan dia suruh be a very positive person. Cakap dalam hati "This is my day and I'll go through this process once for entire of my life, and this will be the best gift for my engagement day". Nasihat Dr tetap tak jalan jugak huhu...last-last aku call mak aku dan cerita kat dia..My mom is the best adviser for me..her tender and soft advice sangat menaikkan semangat aku and I'm gonna do this for u mom! Dan bermula dari hari tu aku banyak mempersiapkan diri, just be prepared with the possible questions yang examiners akan tanya, touch up slides and keep on practice. Habis masa tu aku record guna hp la practice depan cermin la dan practice depan kucing ku yang asyik membuta je hehehe...

Alhamdulilah setelah berhempas pulas menjawab soalan Prof Laily dan Dr Sarjit,  tanggal 19 Mac 2014, 4:20 petang aku telah dianugerahkan Master of Sc. in Family Economic and Management with minor modifications..syukur Alhamdulilah...aku diberikan masa sebulan untuk buat corrections dan dapatkan endorse para examiners, supervisory committee dan chairman.Alhamdulilah semua tu dah selesai dan sekarang tunggu surat senate untuk convo on 1st-4th Nov nanti :)

Waktu tu dengan hati yang tenang aku ingat nak balik la cuti memandangkan persiapan belum habis lagi...sekali petang esoknya aku ada meeting! Ya Allah bila aku nak balik ni?? Aku pun jadi gelabah dan tak tau nak buat ape...tambah plak waktu tu aku tengah sentap dengan someone yang membuatkan mood aku tak elok..Aku terus call bf aku masa tu (sekarang dah jadi encik tunang la hehe). Dia pun give some advice and what should we do...aku dah la letih viva, dah banyak hari makan tak kenyang tidur tak lena..alih-alih nak meeting lagi. Dia cakap punya cakap last-last aku diam...hello hello? rupanya aku nangis haha..tak tahan dah masa tu..rasa serabut sangat. Lepas tu dia terus cakap tak pe tak pe esok lepas sayang meeting abang datang amik. Adoi rasa kesian plak kat dia..pada hal aku bukan suruh dia amik aku pun. Petang tu dia straight dari ofis kat Ipoh terus fetch aku kat Serdang huhu...

Once again, hari yang dinanti-nantikan...tanggal 22 Mac 2014, maka kami pun disatukan dengan ikatan pertunangan...dan insyaAllah walimah will be on this December :) Rasa macam tak sangka we're one step closer...dengan izin Allah, perkenalan di Facebook pasal kucing telah menyatukan hati kami. Kami sama-sama suka kucing dan aku ada bela banyak kucing..dia ingat aku dealer kucing haha..asyik mintak kucing aku je...tiga bulan dok mintak last-last aku suruh dia datang amik kat rumah aku...kitten jenis burma masa tu..dan bermula dari tu la kami rapat..masa tu hujung tahun 2010
Mak abg, fana, mak fana..syg dua-dua

Terima kasih pada family kami yang banyak mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kami..insyaAllah moga kita akan terus bermahabbah bukan saja di dunia tapi sampai kita berbalik kepada Allah...insyaAllah...sayang semua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...