search this blog!

Wednesday, April 20, 2011

sekadar renungan..

sekadar renungan dan mungkin juga luahan hati dari seorang aku yang maseh belum cukup ilmu di dada.. alkisah, aku pernah terbaca sebuah petikan di akhbar tempatan. Berbicara mengenai peranan lelaki dan ciri-ciri calon mengikut syarak. Rupa, harta, keturunan dan agama adalah ciri-ciri yang sangat penting yang mesti kita go thru sebelum kita betul-betul bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.. Selain itu sekufu juga perkara yang tak boleh di pandang ringan dalam memilih jodoh kerana ia boleh menjamin kesejahteraan keluarga di masa akan datang.

dalam petikan tu juga ade tulis, suami haram bertanyakan pada isteri mengenai pendapatan yang isteri miliki apatah lagi meminta duit isteri. Jika si isteri berniat membantu keluarga dengan mengeluarkan sejumlah pendapatannya untuk diberikan kepada suami maka barulah suami boleh menerimanya..Begitulah sebenarnya peranan seorang suami yang sepatutnya memberikan nafkah, membanting tulang menyara keluarganya dan bukan mengambil kesempatan terhadap isteri. 

terus terang aku katakan, lelaki sekarang sudah semakin kurang kualitinya. mungkin ini ayat tipikal dan sedikit bias kepada kaum lelaki. tapi lihat sajalah zaman sekarang. Suami sedap goyang kaki di rumah, isteri bertungkus lumus bekerja menyara keluarga. Dun deny it, benda ini memang terjadi. 

mencari soulmate bukan suatu perkara yang mudah bagi aku. kita bukan mencari seseorang untuk hidup bersama sebulan dua saja. kalau boleh, biarlah hidup bahagia dunia dan akhirat,  solatnye lebih baik dari aku, ilmu agamanye lebih tinggi dari aku..

mudah-mudahan kita semua dipertemukan dengan orang yang baik-baik, keturunan yang baik-baik. Mungkin tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang salah supaya kita sedar hanya kasih tuhan yang sempurna untuk semua hambanya..

No comments:

Post a Comment

kekumen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...