search this blog!

Thursday, September 8, 2011

'Keranamu anak abah'

Syawal belum pun berlabuh tapi aku sudah buat dosa dengan mak bapak aku. Aku bukan anak yang baik. Pertelagahan yang berlaku beberapa hari yang lalu masih berbekas dalam hati aku. Dendam, marah, benci. Aku pun tak tau yang mana satu. Dari kecil lagi aku tak pernah di didik dengan pukulan. Aku tak pernah rasa macam mana sakitnye di pukul dengan rotan, tali pinggang, hanger dan macam-macam 'tool' yang lain lah yang mak bapak selalu guna bila nak ajar anak-anak dorg. Mungkin sebab itu aku bencikan didikan sesetengah ibu bapa yang menggunakan teknik pukulan, libasan dan hentakan tuk ajar anak-anak dorg. Aku bercakap bukan atas dasar bangga tapi maybe lebih kepada grateful..


Entah macam mana pada hari hitam tu, aku buat pertama kalinya meninggikan suara pada orang tua aku. Aku bukan anak yang baik..kalau malaikat datang cabut nyawa aku, confirm ke neraka 1st class lah jawabnya..Tapi kata-kata dorg tu langsung tak dapat nak di terima dek akal yang waras! Aku maseh ingat yang kiri tu selalunya dosa, yang kanan selalunya pahala..Apa teruk sangatkah aku? Soalan aku yang maseh dorg tak jawab. 


Hari ini dia berkata, 'aku sudah salah mendidik kamu. Kamu yang aku tak pernah pukul sejak kecil tapi kamu lah yang paling degil skali!'. Aku memberontak dalam hati! Ada sesuatu yang maseh aku tak dapat nak lepaskan sampai sekarang. Lepas kejadian jahanam tu, setiap kali selepas solat, aku terus gulung sejadah. Dah tak berdoa. Aku betul-betul hilang harapan dan ragu-ragu, 'maseh ke tuhan nak terima doa seorang anak yang derhaka?'. Aku malu nak meminta-minta padahal tuhan rindukan rintihan daripada hambaNya..Aku tak layak kot..

"Abah hidup bukan nak menongkat langit..satu masa nanti kami akan mati jugak. Tinggal la kamu adik-beradik. Kami nak yang terbaik tuk kamu semua je, yang boleh gantikan tempat kami. Anak-anak abah ade 4 orang tapi kalau 3 je yang bahagia, kamu ingat abah lalu makan tgk lagi sorg tu tak bahagia? Sebab ape, sebab kamu kan anak abah..."

No comments:

Post a Comment

kekumen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...