search this blog!

Thursday, December 29, 2011

Aku kata..

Andai suatu hari nanti aku jadi kekasih, moga aku lah kekasih yg tiada prasangka mahu pun cemburu buta..menjadi pen dan kertas buat sang kekasih, memahami keadaannya dan menaruh rasa percaya biar pun tidak di depan mata..kerana cinta itu hanya berdua dan bukan bertiga..Andai suatu hari nanti aku jadi kekasih, biarlah kekhilafan yang lalu aku jadikan pengajaran, moga ia takkan berulang kembali yang hanya merosakkan perhubungan..Yang berlalu biarlah di situ. Kenangan hanyalah sejarah dan bukan masa depan.Namun aku berterima kasih pada kenangan kerana memberi aku pelbagai perasaan. Terima kasih pada mereka yang turut mencorakkan kenangan itu..Andai suatu hari nanti aku jadi kekasih semula, maka dari sekarang aku harus perbaiki diri. Moga aku mampu berkongsi cahaya kegembiraan bersama dia yang telah ditakdirkan untukku...

No comments:

Post a Comment

kekumen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...