Salam Khamis yang tenang lagi ceria..walaupun semalam ada sesuatu yang berkocak di hatiku tapi selagi tuhan masih ada, aku rasa tenang-tenang saja..Apa yang dah jadi sebelum ni banyak membuatkan aku lagi berhati-hati, jangan terlalu hanyut dengan perasaan. Apa pun yang terjadi, biarlah aku berbalik kepada Allah sebagai tempat rujukan..
Memang hati berkocak, memang hati ni tak senang dengan apa yang dia ceritakan semalam..tak semena-mena air mata aku terbit, mengalir di celahan pipi. Tah kenapa..takut, bimbang, khuatir kalau kalau kehadiran kekasih lamanya boleh mengubah segala-galanya..Kenapa aku perlu berperasaan begitu? Aku pun tak tahu..Tak adil rasanya mendoakan sesuatu yang kurang elok sesama umat manusia. Namun apa yang selalu aku sematkan di dalam doaku, sekiranya dia adalah untukku moga hubungan ni dapat mengeratkan silaturrahim antara dua keluarga. tetapi sekiranya kami tak ditakdirkan untuk bersama, moga tuhan hindarkan aku daripada kekecewaan yang teramat sangat..
Sesungguhnya Allah itu perancang yang cukup hebat, cukup sempurna..Aku hanya mahu jadi hamba yang ikhlas dalam segala hal, ikhlas dalam menerima qada dan qadar yang Dia tetapkan..kerana kesilapan aku yang dulu banyak membuka mataku akan kebesaran dan kasih sayang Nya padaku...
No comments:
Post a Comment
kekumen~