Assalamualaikum...Alhamdulilah masih lagi bernafas.Masih lagi berpeluang untuk bertemu dengan wajah-wajah kesayanganku..Harini baik-baik saja..Sama macam yang sebelum ni. Aku bahagia, tenang dan gembira..
Demi tuhan, kita bertemu dan berpisah..Aku sangat hargai pertemuan ini..Kau sebahagian daripada kehidupanku..Selepas keluarga, kau lah orang yang aku sayang..Tapi sayang, apa yang kita lalui sekarang ni ibarat 'Undisclosed love'. Lidah kelu, tak mampu nak berkata-kata. Kita masing-masing hanya mampu berkias.Aku takut..takut peristiwa lama berulang. Itu semua sebab aku terlalu mengharap, terlalu meletakkan harapan yang tinggi..Tapi sekarang biarlah masa yang menentukan segala-galanya..Seperti yang kau selalu katakan padaku..InsyAllah, masa akan menentukan segala-galanya..
Biarpun pertemuan kita hanya di laman MukaBuku..tapi hati aku telah jatuh cinta..bukan pada dirimu terlebih dulu. Aku jatuh cinta pada keluargamu! Di hari kau ingin bertandang ke rumahku, aku tak tahu nak cakap apa pada emak bila emak mula bertanya kau tinggal di mana, rakan satu sekolah ke. Aku sendiri pun tak tahu kau siapa. Lepas tu baru aku terfikir nak kenali mu melalui gambar-gambar di MukaBuku. Aku terpana..Gambar pertama yang aku lihat ialah gambar kau seisi keluarga..Sejuk mata memandang..Aku jatuh cinta..
Walau apapun kenyataannya selepas ini, aku tetap terima dengan hati yang terbuka. Tak mengapa kalau ia undisclosed. Sekurang-kurangnya iman kita terjaga..Keakraban kita sekarang ini pun sudah cukup baik bagiku..Bahagia rasanya..:)
No comments:
Post a Comment
kekumen~