search this blog!

Wednesday, June 20, 2012

Counting days..

Assalamualaikum...hari yang indah, bersama insan-insan yang selalu membuat senyuman tak lekang di bibir. Alhamdulilah..Minggu ni minggu exam. Mujur take home exam. Tapi tak boleh juga dipandang ringan. Maklumlah take home exam, mesti expectation tu tinggi kan tuk menghasilkan jawapan yg terbaik. Moga semuanya ok..lepas ni akan fokus balik pada thesis dan projek Dr. Maju Farhana maju hehehe...


Syukur Alhamdulilah..kalau dipanjangkan umur, sabtu ini genap usiaku yang ke 24. Tercapaikah sudah hasrat dan impian? perjalanan masih jauh di hadapan..kali ini mungkin dapat sambut hari kelahiran dengan perasaan yang agak lapang. Maklum lah sejak dari dulu hari lahirku jatuh pada minggu exam. kadang-kala sampai terlupa hehe..Sambutan tu tak la penting..apa yang penting kita muhasabah diri. Sebenarnya umur kita bukan makin panjang tapi makin singkat..makin dekat dengan kematian..


InsyAllah kalau takde aral, mungkin dia akan datang ke sini..Ingin membawaku ke Sepang. Aku agak teruja..Walau apapun, izin dari mak mesti aku minta terlebih dulu..moga dapat menjaga adab dan batas bila keluar bersama nanti..Kerana agamaku dan tuhanku, aku cinta kamu...:)

No comments:

Post a Comment

kekumen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...