search this blog!

Wednesday, July 4, 2012

Indah..

Hingga akhir nanti ku hargai semua ini..yang terindah, yang tercipta dalam hidupku..Alhamdulilah kehidupan semakin baik di sini..masa pantas berlalu pergi. Setiap hari kita mengutip kenangan dan pengalaman..Allah itu Maha mengetahui apa yang Dia aturkan. Dulu aku banyak argue mengapa ini tak boleh mengapa itu tak dapat, aku mahu yang ini tapi dapat yang itu..


Usia mendewasakan kita..walaupun orang selalu cakap ada apa dengan usia, hanya nombor sahaja. Bagi aku ia bukan sekadar nombor, sambut birthday atau terima hadiah. Makin meningkat usia kita makin pendek lah hidup kita dan makin dekat dengan kematian..Alhamdulilah walaupun aku mungkin tak dapat apa yang aku nak tapi Allah beri apa yang aku perlu..


Sekarang hidup aku dah lengkap. Ada keluarga tersayang, kawan-kawan yang selalu aku rindu dan mungkin juga kamu yang istimewa dalam hidupku:) Moge Allah berkati kita semua..Sayang semua, sayang selalu <3

No comments:

Post a Comment

kekumen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...