search this blog!

Sunday, October 7, 2012

Ya Rabb

Assalamualaikum..pagi Ahad yang tenang, tapi jiwaku seperti berkocak..Ya Allah, dah lama aku rasakan nikmat ketenangan yang kau beri..tapi harini seakan-akan ada benda yang serba tak kena. Adakah ini hanya perasaanku..mungkin juga kerana aku uzur. Alunan zikir terapi diri sangat mensayukan hati ini tapi aku masih rasa tak tenang..tah apa yang ada dalam fikiran ni..macam-macam benda, saratnya..

Sejak dua menjak ni aku mimpikan sesuatu yang tak baik. Mimpi kucing, budak, bayi, tempat kotor, ditambah pula dengan jiwa yang sering gelisah, sakit-sakit sendi dan di bahagian belakang..perlu ke aku berubat di mana-mana pusat perubatan Islam? aku takut..Ya Allah, hambaMu ini minta perlindungan dan pertolongan dari perkara yang tak baik, anasir jahat dan dengki khianat dari manusia itu sendiri..

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk mungkin datang dari kesilapanku yang dulu..ampunkan aku ya Allah..:(

No comments:

Post a Comment

kekumen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...