search this blog!

Monday, January 21, 2013

Shopping time with love one

Assalamualaikum..hari Isnin yg so-so..Alhamdulilah masih lagi diberi peluang untuk bernyawa, masih berkesempatan untuk muhasabah diri...19 Januari yang lalu kesayanganku datang ke sini..janji mahu shopping sama-sama katanya..aku tidak lah menganggap itu sebagai janji..insyaAllah jika tiada aral bolehlah kita berjumpa..Alhamdulilah dia pun telah selamat sampai dan pulang semula ke rumah..kali ini dia sampai ke rumah agak awal(at least bukan selepas subuh seperti selalu). Kesian juga kadang-kadang dia berulang-alik dari ipoh ke serdang..mesti letih kan..ermmm

Seronok rasanya dapat meluangkan sedikit masa dengan dia..ye lah masing-masing pun busy..maybe lepas ni agak susah untuk kami spend our weekend time together, memandangkan abahnya dah suruh start buat kerja di kebun...tak pe la kita dahulukan kerja yang penting ye..Sepanjang keluar bersama, ada saja benda yang melucukan..sampai sekarang masih lagi tersenyum bila teringatkan balik hehe..macam-macam la awak ni :)

Cuma satu perkara je yang membuatkan hati aku tersentuh..masa di Red Wok, dia minta aku jagakan sunglass dan kunci kereta..aku menunggu menu di hidangkan. Baru air saja yang sampai..ada lah dalam lebih kurang 10-15 minit..aku syak dia bukan ke toilet tapi solat Asar..tiba-tiba dia menyapa aku dari belakang, dengan wajah dan lengan yang masih dibasahi dengan wudhuk..aku hanya tersenyum..dan giliran aku pula minta dia jagakan handbag..hati aku senang..

Tiba waktu maghrib. Kami hampir sampai ke rumah aku..tapi dia seperti tak mahu hantar aku pulang lagi..request la lagi 1 tempat katanya..ok la, kita maghrib dulu di Petronas. Disebabkan ruang solatnya agak kecil jadi aku terpaksa tunggu lelaki 2 3 orang selesai solat dulu..selesai dia habis solat dan dia jagakan beg aku..entah mcam mana masa nak ambil beg dia tersentuh tangan aku.maka batal lah wudhuk aku..ape lagi terpaksa la ambil yang baru..dia hanya ketawa..ketawa jahat haha..

Seperti biasa, aku bekalkan dia dengan makanan, hasil air tangan yang tak seberapa..katanya nasi ni sedap tapi nasi apakah..hehe tu la nasi serai...cuma custard coctail tak boleh makan dah..maybe sebab lama sangat dok dalam kereta..tak pe lah nanti saya buatkan lagi..

Aku hanya nak mengucapkan rasa syukur, rasanya seperti Allah sudah ketemukan aku dengan insan yang betul..keluarga pun sudah kenal tapi aku tak mahu terlalu expose pada pihak keluarganya memandangkan aku masih lagi belajar..dan aku rasa dia pun faham. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita dapat bersama..seperti yang dia selalu pesan pada aku, "sama-sama kita berdoa mudahan takdir kita dapat bersama ye.." kalau ini yang terbaik buat kita, keluarga dan agama, why not we pray the best for us...

No comments:

Post a Comment

kekumen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...