search this blog!

Friday, February 22, 2013

meet parents session

Assalamualaikum..hari Jumaat yang indah, walaupun macam-macam yang ada di fikiran. Main priority aku buat masa ni hanyalah pada study. Tambahan pula tengok kawan-kawan semuanya sudah pulun untuk submit thesis..terus terang aku katakan ini bukanlah proses yang mudah, tak semudah masa buat "mini thesis" masa degree dulu..adakala sampai termangu, betul ke jalan yang aku ambil ni..mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya..InsyaAllah...

Sejak dua menjak ni dia asyik bertanyakan hal yang sama..dan aku masih tiada jawapan. Takut nak buat keputusan sebab memikirkan aku masih study..Tak tahu macam mana nak mulakan perkenalan dengan mak abahnya..Buat masa sekarang fokus aku hanya pada study..katanya umur dia makin tua, dan mengharapkan ada perubahan dalam hidupnya..aku faham..tapi kekangan masa ni yang buat aku banyak berfikir. kadang-kadang nampak macam berdalih dan acuh tak acuh..sampai dia pun hairan takut-takut aku ada kawan lelaki yang lain..bukan tu masalahnya..cuma aku belum bersedia..

Semalam aku tanya pada dia, kalau tunggu lagi 2 3 tahun boleh kan..dia jawab insyAllah dia mampu tunggu..cumanya mak abahnya dah selalu tanya dan baru sekarang dia ada keyakinan nak perkenalkan aku pada parents nye lepas betul-betul make sure yang kami ni memang sayang antara satu sama lain..aku kena jugak bincang dengan parents aku dulu..aku tak boleh nak buat keputusan sendiri..dalam hati ni takut jugak kalau parents nye tak berkenan dengan aku..apa pun yang jadi aku redha...

Ya Allah, beri aku kekuatan untuk berjihad dalam menuntut ilmu ni..ni lah keutamaan aku..soal jodoh, bila sampai masa yang tepat insyAllah kita akan bersatu jugak..

No comments:

Post a Comment

kekumen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...