search this blog!

Thursday, January 26, 2012

Dia di sisiku...

Hari ini aku tenang, samanya tenang seperti semalam
Dia di sisiku, sangat bermakna
Dari dulu sudah aku sedari akan kepentingannya
Tapi aku hanya pandang sebelah mata
Kini dia lah segala-galanya
Dan aku tak mahu sesiapa lagi
Ini muktamad


Sejak dia ada di sisiku, hatiku berbunga-bunga
Ini perasaan yang sukar untuk aku terangkan
Tapi hanya aku dan dia saja yang tahu
Patah tumbuh hilang berganti
Takkan selamanya kita jatuh tersungkur
Hidup dalam kesedihan
Tidak..tuhan tidak sekejam itu

Monday, January 23, 2012

Falls for you..

Already falls for you...:) I hope someday u'll love me too :))

Friday, January 20, 2012

Count on you

8th February: Register
20th February: Class session


I can count on you like 123..I'll be there hahaha. NERVOUS!!!!

Wednesday, January 18, 2012

Aneh

Semalam aku mimpikan dia. Pelik..Aku tak pula teringatkan dia dan aku pasti dia juga sama. Dalam mimpi dia tidak sihat. Demam mungkin...Dia di sisi aku sambil slow kan suhu aircond dan berselimut. Aku di sisinya sambil membaca majalah. Dia masih membahasakan dirinya dengan gelarannya.

         "Abg lapar la..kejap lagi bawak abg g makan. Abg nak makan nasi la sebab dari semalam abg tak makan nasi.."

Aku diam saja..hanya mengangguk. Entah macam mana sampai di satu kedai baju dan kami pun masuk. Dalam kedai tu penuh dengan t-shirt yang dia pernah beli dulu. Dia sangat teruja dan ceria menceritakan ini, ini dan itu baju abg. Ingat tak abg ade beli dulu. Sama kan? Aku memerhatikan baju-baju tu dengan penuh kebingungan..ya memang sama! Lalu aku terjaga dan masih lagi bingung...

Saturday, January 14, 2012

Weird

I am so addicted to you. Why? You make me smile even on a bad day..and I really wish to stay longer in your heart. I wish you would realize that you always make my day..Am I in love? Whoa! that's weird...

Wednesday, January 11, 2012

Finally..

Selamat pagi diriku..Alhamdulilah maseh lagi bernyawa..Dapat bersua dengan orang-orang yang penting dalam hidupku. Finally..aku rasakan antara kami sudah tidak ada sengketa. Ini yang aku harapkan. Yang putus hanyalah perasaan kasih sayang dan cinta, bukan persahabatan. If dia tak meminta maaf sekalipun aku tetap maafkan dia. Sedangkan nabi yang maksum ampunkan umatnya..Ini kan pula aku yang menimbun dosanya..


Kini aku semakin tenang. At least aku tahu dia juga tiada dendam terhadap diriku..Satu pesananku..Andai kau masih lagi dalam kekusutan dan kesedihan, amalkan membaca surah Yaasin selepas solat kerana surah Yaasin adalah jantung Al-Quran..

Saturday, December 31, 2011

So-long 2011!

Pejam celik pejam celik dah hari last tuk 2011..Hope 2012 ni menjanjikan something yang lagi baik..Even aku akhiri 2011 ni dengan something yang tak brape nak baik, tapi tak pela..God knows everything. I accept it and truly accept it with no doubt..Life must go on..thanks to such a wonderful people out there yang give me thousand colors in my life. Thanks guys!


2012, here I come! 

Thursday, December 29, 2011

Aku kata..

Andai suatu hari nanti aku jadi kekasih, moga aku lah kekasih yg tiada prasangka mahu pun cemburu buta..menjadi pen dan kertas buat sang kekasih, memahami keadaannya dan menaruh rasa percaya biar pun tidak di depan mata..kerana cinta itu hanya berdua dan bukan bertiga..Andai suatu hari nanti aku jadi kekasih, biarlah kekhilafan yang lalu aku jadikan pengajaran, moga ia takkan berulang kembali yang hanya merosakkan perhubungan..Yang berlalu biarlah di situ. Kenangan hanyalah sejarah dan bukan masa depan.Namun aku berterima kasih pada kenangan kerana memberi aku pelbagai perasaan. Terima kasih pada mereka yang turut mencorakkan kenangan itu..Andai suatu hari nanti aku jadi kekasih semula, maka dari sekarang aku harus perbaiki diri. Moga aku mampu berkongsi cahaya kegembiraan bersama dia yang telah ditakdirkan untukku...

Sunday, December 18, 2011

A new me

Selamat petang diriku..Alhamdulilah..harini lebih baik dari semalam dan semalam dan semalamnye =D kan indah kalau perasaan ni dah lama datang dari dulu. Tapi takpe lah kita kena belajar dari kesilapan. Lepas ni tak payah nak cemburu buta dah, nak prasangka, nak maki hamun especially kt Facebook. LOL! Dah tak payah nak sarcastic sangat haha..Rupanya teruk jugak aku ni ye haha. patut la orang tak suka:p Hanya yang rapat je tahu aku ni macam mana. Perhaps..


Ibarat dah terhantuk baru terngadah..baru aku sedar yang aku ni dah cukup tua nak berperangai seperti budak-budak. Maafkan aku..Pada yang tertempias sama, aku minta maaf. Even this apology tak terucap pada korang sume. Kehkeh..And sekarang aku sudah mampu tersenyum, ketawa dan menikmati kehidupan di luar tempurung. Banyak rupanya benda-benda menarik yang aku belum explore. After rain, comes a rainbow. Moga perasaan ni kekal. Amin...And yang paling best, aku dah dapat makan dengan girangnya! Rasa macam berat badan dah berjaya naik. yay!


# Officially quit from be a Stalker. Bangga seyh!

:)

Aku cinta, aku kasih walaupun kau tidak pernah memberi hatimu....

Thursday, December 15, 2011

....................................

Aku redha untuk kau yang aku cintai. Mungkin ini kesilapanku. Aku redha andai kau jauhkan diri. Andai pilihanmu yang lain, maka aku harus hormati. Jika kau mampu tersenyum dengan insan yang lain, maka mengapa aku harus menahanmu dari terus tersenyum? Itu tidak adil namanya...Aku doakan kau bahagia dengan orang di sekelilingmu. Aku belum lagi kejam, memaksa kau pura-pura bahagia dengan aku. Doa sudah aku mohon pada tuhan. Tapi nampak seperti aku seorang saja yang beriya-iya bermimpi melayari bahtera bersama. Mungkin takkan termakbul andai pihak lagi satu tak menginginkan benda yang sama. Aku doakan kesejahteraanmu bersama orang yang kau pilih dan sayangi. Tiada dendam yang terpendam. Moga kau doakan kebahagiaan aku jua..

Thursday, December 8, 2011

Ada cahaya..

Apa khabar cahaya lagi satu? Cahaya di sini ok-ok saja. Malam ni ada sedikit gembira. Amir beri aku dengar lagu barunya. Sedap..Ni dah berapa kali back-to-back. Ok lepas ni aku bluetooth dalam hp ok. Munif pulak sedang lukis gambar aku yang duduk atas buaian kat tepi sawah tu. Sape tak kenal Munif. Pelukis hebat di Kuantan. Teluk Chempedak dah jadi tempat biasa dia berkarya..Aku gembira, aku harus gembira. Moga kau juga gembira...


Ok aku nak humming lagu Telus ni kejap.

Tuesday, November 29, 2011

1 step closer...

What a wonderful Tuesday..Ape yang berlaku harini dapat meredakan ape yang telah berlaku semalam..Harini aku mampu tersenyum. Bak kate sahabatku, Munif..ade banyak lagi perkara yang harus aku kejar dalam dunia ni. Ya..harus berfikiran positif. Harus! walaupun saki-baki keterasaan hati tu maseh ade..Ahh, abaikan.

I'll meet my dearly Dr Shireen n Dr Rauf tomorrow:) Both of u are such wonderful person that I've ever met. And..for the first time I met Dr Husniyah just now,she's a very kind n gentle lecturer I guess:) 

Wednesday, please be amazing ok?

Sunday, November 27, 2011

Calmness

Heheww!! Salam MaalHijrah semua..tutup buku lama, buka buku baru. Yang lepas biarlah berlalu. Dosa yang sama ade kita sengaja buat atau tak sengaja kita buat mudah-mudahan Allah dapat ampunkan. Kita manusia ni kadang-kadang lupa dan terlalu ghairah nak sambut 1st January tiap-tiap tahun padahal kita lupa tahun baru omputeh tu kadang-kadang tak bawak ape-ape makna pun..Hurmmm...Hope nasib di tahun baru ni akan jadi lagi baik. Mana yang sempit harap dilapangkan, mana yang susah harap dipermudahkan, mana yang tak jelas harap dapat jawapan yang lebih pasti..


Tiap tahun aim dlm diri nak jadi orang yang sebenar-benarnye orang. haha. tapi betul lah sometimes diri kite la 'musuh' yang susah kite nak lawan. U know wut I mean kan? macam lagu Najwa tu.."Otak kata jangan, hati pula kata ya"..byk pro n cons yang kite sendiri perlu pilih..bile muhasabah diri, perghh jahil gile aku. How to be a good Muslimah actually? Hurmmm

Tuesday, November 15, 2011

lagi

Harini sama macam semalam,  teruk. Bertambah teruk bila berat aku kurang lagi 1kg. haha patut ke aku gelak. lain yg aku expect lain pulak yang jadi. Hurmmm...apelah nasib. Hampir terfikir nak buat sesuatu yang silly..tapi tetibe semalam aku baca satu majalah ni. selalu aku baca tapi jarang sangat aku beli..selalunye baca yang kak dina punye je hehe...cube muhasabah diri. Rakan-rakan ade yang membantu, ade yang menambah cuka di hati ni dan ade jugak yang memberi harapan yang tak patut-patut! 

Macam-macam persoalan dalam tempurung kepala ni. Salah yang mana? Apa aku dah buat? Jahat ke aku ni? Takde yang baik ke dalam diri aku ni? I'm perfectly imperfect...sekarang baru tahu rasanya menagih peluang-peluang yang ada..tu pun kalo ade la...even time can't heal everything..ke kiri salah, ke kanan salah, nak berhenti lagi la salah. Buntunyeeeee....T___T

Friday, November 4, 2011

Perihal harini

Salam Jumaat semua..harini kami satu family dapat gathering together..ahh bahagianya rasa..pagi tadi sempat pegi sports day kat skolah adek. haha lawak-lawak..teringat plak masa kat skolah duluuuu...


harini jugak ade rindu yang datang bertandang. Aku pun tak pasti macam mana nak mulakan bicara. rasa macam dah lama tak contact huhu..tapi aku rasa dia sehat-sehat aje, di samping rakan-rakan tercinta. Macam dah banyak gap between us..maybe aku yang create sume tu :'( dulu kalau nak pegi mana-mana mesti dia gtaw, especially kalau dia g travel mana-mana then dia dah sampai umah. mesti dia gtaw. Tapi skg...:'(


Ok lah..selamat hari raya aidiladha sume...

Thursday, November 3, 2011

I DON'T EVEN CARE!

Monink diriku..haha. Pagi ni baru aku nak kelebek balik form kat sgs huhu. Hope aku boleh di consult under Dr Husniyah..Aminn..I don't care about the other people. Don't ever psycho-psycho me with ur gaji yang ribu-riban kalau hati tak senang dan asyik mengeluh..I've learnt from my mistake. Jangan sesekali mengeluh tambah-tambah depan ilmu. Takde kerja yang mudah. Even nak makan pun susah. Kau ingat makanan tu nak hadap depan kau ke kalau kau tak cari haha. 


Buat yang sudah di employ, kerjalah bagus-bagus. Jangan merungut. rezeki tu datang dari titik peluh anda sendiri jugak. Buat yang masih mencari-cari, jangan sesekali buruk sangka dengan Allah. Sustenance is everywhere. keep on finding ok. Buat yang pursue study, jangan lah rasa diri tu ketinggalan nak kumpul harta, nak kawen and what-so-ever...Ilmu tu adalah harta yang tak ternilai ok. hope boleh reuse ilmu yang kita dah blaja masa kat u dulu. 


Aku tak mau toleh kiri, kanan apatah lagi belakang sebab plan yang aku nak atur ni ada di depan! Lupakan perkara yang remeh-temeh yang boleh mendatangkan migraine! I am who I am, no excuses!


Buat seseorang, ya...ego aku maseh tah ke mana. Tinggi melangit!

Monday, October 24, 2011

Monolog hati

Aku bukanlah seorang yang sempurna tapi aku sentiasa berharap ketidaksempurnaan aku boleh menjadi pelengkap pada kesempurnaan seseorang..boleh ke macam tu? Hurmmm


Di saat aku pulang dari jauh, aku mengharapkan ada hidangan yang 'istimewa' di meja makan. Macam mana si kakak pulang ke rumah. Tapi ada kalanya aku hampa. Terlalu berperasaan kah aku? Walau macam mana pun rumahku tetap jua lah syurgaku. Baru beberapa ketika meninggalkan rumah, aku sudah mula merinduinya. Teringatkan kucing-kucing kesayangan. Mungkin juga aku seorang yang membosankan. Asyik memerap di rumah. Duniaku hanyalah bersama mereka. Aku suka bercakap dengan mereka. Mampu membuatkan aku ketawa. Haha..


I want to be the happiest person in the world..*eventhough i have to pretend to be that way. Sooner or later, things are getting better. My hand was made strong by the hand of the Almighty. So...I end up this stupid monologue with a very positive thinking :)

Monday, October 10, 2011

Good night

On the night like this, there's so many things I wanna tell u..on the night like this, there's so many things I wanna show u. Cause when u're around I feel safe n warm. Cause when u're around I can fall in luv everyday. In the case like this, there are a thousand good reasons I want u to stay...:) Nyte honey

Monday, October 3, 2011

Hari-hari pun blues

Assalamualaikumm...fan ohh fan. Aku datang nak menjemput ni. Nah kad undangan dari aku special tuk kawan lama. Wahh! Dah sampai seru ko ye..Alhamdulilah. Tahniah-tahniah:)

Sembang punya lah lama. Maklumlah agak lama tak jumpa..Mud kehappyan beliau jelas terpancar dari senyuman yang menampakkan barisan gigi beliau yang cantek tu. Dalam hati aku bermonolog...cepatnya masa berlari. Dulu kita sama-sama berlari ke kantin bile loceng rehat berbunyi Kringggg!!! haha. Aku yang lambat atau kamu yang terlebih cepat? haha tu la namanya rezeki...

Soalan maut di penghujung perbualan. Alahaii susahnya hati aku nak menjawab. Untung lah kamu, nanti anak-anak dah besar kamu pun tak la tua sangat. Hot mama la katakan haha...Malas nak bagi jawapan specific. Aku pun tak pernah lagi dengar dari mulut dia sendiri pasal perancangan masa depan ni. Relevant kah lagi ayat 'Pelan-pelan kayuh dan take it slow' di zaman skg ni? 

Neway congrats my dear friend..sorry tak terjawab soalan kamu. Tapi at least aku senyum ikhlas kan. Haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...