search this blog!

Sunday, November 28, 2010

garfield,isnin dan aku!

wuarghh sok dh isnin..i hate mondae.huh!skg aku pon dah genk ngn garfield.TAK SUKA ISNIN! pe la cte sok kt opis.musim nk bsidang..ate bz la deme.aku pon tkene skali...baguihh nooo..............


pimple naik d muka..tu tandanya nk period..adehh btambah rosak mud.sabau jelaaa

Friday, November 26, 2010

lAgu pUisi~

Baca puisi di depan tv
Lukisan garis matahari
Teringat dikau, fikiran kacau
yg ku ignkn kite kwn
langit dihiasi pelangi anganku
ku cemburu
aku maseh belum menghiasi taman kalbu
terus bisu menantimu
kucing mengiau hati pon risau
pahit hempedu aku rindu..
harimau bengis
senyummu manis
marilah kawan,jangan lawan...

Thursday, November 25, 2010

kepentingan sekufu dalam perkahwinan Islam


“DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi’, ‘Sama cantik sama padan’ dan `Bagai pinang dibelah dua”.
Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru. Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok.
Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat.
Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari. Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim.
Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam.
Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Hai manusia, se-sungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (Al-Hujarat: 13)
Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Dr. Amilah Awang Abd. Rahman dalam hal ini menjelaskan, apabila kita membicarakan soal sekufu atau `kafaah’, kita tidak boleh melihat ia sebagai satu perkara yang terpisah daripada agama itu sendiri.
Menjadi satu kepentingan, agar umat Islam melihatnya sebagai satu keadaan yang menyeluruh kerana Islam sentiasa memandang sesuatu perkara itu secara global. “Dalam isu kafaah ini, sebenarnya Islam mengutamakan kepentingan pembinaan keluarga itu sendiri, atau ia memandang jauh kerana keluarga di dalam Islam itu amat penting”.
“Bahkan ada yang mengatakan, keluarga merupakan buah pinggang kepada masyarakat”.
“Ini bermaksud, kalau keluarga itu baik, maka baiklah masyarakat. Begitu juga sekiranya keluarga itu pincang, maka pincanglah juga masyarakatnya,” kata Dr. Amilah sewaktu ditemui di pejabatnya.
Hakikatnya terang Dr. Amilah lagi, keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.
Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.
“Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai ‘al musawah wal muqarab’ atau yang bermaksud persamaan atau hampir. “Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. “Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.
“Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga,” jelas Dr. Amilah. Tambah beliau, menurut ulama fikah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.
Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu. Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan.
Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya. Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini.
Jelas di sini, kata Dr. Amilah, bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan. Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya. Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.
Jelas di sini kata Dr. Amilah, sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)
Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, “Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu”. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai. Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. Kata Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.
Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.
Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi)
Menyedari kepentingan sekufu ini, saran Dr. Amilah kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi jangan bersikap terlalu rigid.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.
Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar.
Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.
Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, “Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah.” Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, “Berita apa yang kau bawa?” Ali menjawab, “Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku,Marhaban.”
Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.

Wednesday, November 24, 2010

rindu waktu berlibur!

urghhh bosan aku.bosan3..bek aku tlg mak kms umh.aku jnj t aku rajen tlg die kt dapo haha.da la smlm mak kemas blk aku..waaa da cntek n bersih hehe.best3<3


dorg ngh meeting.org audit dtg.aku?blurrr.pat la sket kul 1,,den kul 5


aku rindu waktu berlibur ngn kwn2 dlu,,ngn family...wah!even tawaf 1mall tp xplak aku ltey..blk 2 siap bley on9 marathon lg haha.skg ni kul 9 je da ngtok.ape lah!tgu la kaw wiken ni.aku nk tdo puas2,,bgn lmbt hehe,,,dan jmp blk senin yg bosan.


aku da jd cm garfield yg x ske kn ari senin..ya i hate monday!n im not a monink person...euw!sabau jela...

saya suka pukul 1 dan 5

hari ini hari ke tiga.harap2 sumenye ok.opis bz ngn auditnye,,tu lah sape soh wt kje last min..sama je cm aku yg ske stdy n wt asemen last min.mang derita haha.arini aku tlg la mn yg patot.kang salah wt mati dept ni haha.tp xpe process of learning kan.tanya lau xtaw..


tapi satu je yg aku ske.kul 1 n 5 haha..waktu rehat dan pulang.ase cm baru kua dr penjara pudu pon ade>_<
neway may god bless us todae:) aminnnn

Monday, November 22, 2010

mana timba

hari ini hari pertama aku wt praktikal kt SUK.gle penat even x wt kje byk pon...adehh ape la agknye nasib tuk hari sok...ni baru uruskan diri snirik.akan dtg cane la agknye.ade x org tkeluar bijik mata gara2 bgn pg tep hari?haha


hari ini baru aku taw cane dunia keje tu senonye.kehidupan ni akan menjadi terlalu sukar tuk mereka yg ilmunya 0...maseh lom terlambat ke aku nk cari timba?ya...aku maw timba ilmu

Sunday, November 21, 2010

kucen jantan dan breast feeding??

satu hari aku bangun pg lambat..mang hari2 kot lambat.aku bangun cari mak aku.aku tengok dia ngah berkebun.menguruskan pokok2 bunganya.aku senyum pada ank2 kucen yg mak aku letak dlm kotak.nanti lepas mandi aku mau main2 ngn kamu ye..


sudah mandi...


aku tengok mak buat sesuatu kat anak2 kucen lam kotak tu..aku dengar dia membebel.dia bebel kat sape plak neh?rupa2nye kat ibu kucen...dia ckp nape la kamu ni tanak susukan ank2 kamu?bia je ank2 lapo.ish3 nk jadi cm manusia yg buang ank ke.sampai x dulikkan ank2..tu dia syarahan mak aku pada ibu kucen


aku tengok kucen tu  cm x keruan je dok lam kotak.nape cm nk lari je.mak aku pegang kucen tu sambey ank2nye nk isap susu.skali...mak!tu kn kucen jantan...nampak tu telo dia da beso.hakhak.ape la.patut la dia tanak! ehh yeke mak x nmpk>_<


tu la mak,,len kali pakai spek.kucen tu sama kale tp len jantina..lepas kejadian malang lg memalukan tu,aku x penah nampak kucen tu dtg kt umh aku lg.mayb dia rasa terhina haha

Monday, November 15, 2010

pulang~

ok skg aku lam bas yg goyang2 sambey on9 haha..pulang ke ipoh si bunga kertasku..perasaan yg bcampur baur.pulang bukan sebarang pulang.pulang kne buat kerja...praktikal ohh praktikal...dapat ke aku abskn 5mgu kt suk tu ngn baek?nebes pon ade huhu.ape lah aku nk wt kt sne nanti.kne siapkan report lg.adehhh...research yg to b cont lg sem dpn.adehhh.makanya aku jan tangguh kje haha.ishh aku x dapat nk menaep ngn baek.bas ni goyang2.nk muntah la aku..bwekkk!t la kt umah lau mak aku x wat kerahan tenaga kt dapo aku cont mnulis lg ye

Sunday, November 14, 2010

brickgame masuk ayo!

aku pny kale klabu kot
tah la nape arini aku tetibe nk buat death confession pasal kesalahan aku masa kecik2 dulu haha..untung2 tade sape yang baca so tade la yang taw.dink! dulu masa taon 80an,ececeh...masa tu mana ada PS.yang ade pon brickgame.tu pon aku dah ase wah canggihnye haha.masa tu bapak aku bli satu je..share la ngan akak aku..aku x reti pon main tapi asal kua bunyi tu aku da ase ckup hebat lah haha.de suatu ari tu aku main air lam bilik air la kn..tetibe aku teringat yang brickgame tu agak berhabuk dan kotor..aku pon ngan niat suci murni nak bersihkan brickgame tu pon rendam la ia lam cebok yang berisi air sabun.apelah bodo sgt aku masa tu.ish3...tetibe bapak aku nak try main liao tgk aikkk asal jadi camni.alamak!aku yg salah ke neh?mati la...tp sampai skg aku x ngaku yang aku buat,,mati2 x ngaku haha.masa yang aku kentot tu dorg tanak caye lak yang aku kentot..ish3

kale luna besar

kale idaman~

ingat lagi dulu2..masa aku kecik.darjah 2 kot.masa tu kwn2 aku sumenye mak bapak dorg blikan kale pensel yg beso2.tak main la yg 12 batang.dorg pny sampai 24,30 lbh batang pensel kale.ish3 byk tol.tah pela yg dorg nk kalekn tu..aku pon nk jgk..blk je umah tny 'mak2 bile nk bli kale beso?' sampai aku ase mak aku pon nk lempang aku cuz fedup ngan pertanyaan aku haha..sori mak


one dae..around 8pm + camtu.aku pon lepak la kat dining sambey buat kje skolah.tetibe alamak aku terkentot.tade bunyi tapi bau power gak la.sampai sume lam umah tu mintak balang oksigen haha.pastu aku takot nk ngaku.ish...tetibe abah tanya 'sape yg ngaku die kentot abah bli kale luna beso'. tetibe aku pon terus angkat tangan.'ana2!ana yang kentot tadi.sok abah bli kale luna beso ye=D'

pastu sume orang lam umah gelak..dorg ckp 'ish3 kale beso punya pasal aku sanggup ngaku yang aku kentot' aku tak puas hati..mang aku yang kentot lah!mang la aku nk kale beso tu tapi mang hakikatnye aku yang kentot...jujurnye aku tem tu>_<

Friday, November 12, 2010

mana mood??

hari ini aku betul2 tade mud..mud nk bc bku ilank,,mud nk senyum lg lah tade!tambah plak aku br taw euw aka oren yg takot kat manusia tu da arwah...arghhhh!rupenye jodo aku ngn kucen yg berkaki 4 dan berbulu neh x pjg...tot dan euw,,,jan lpe aku bile masuk syurga nanti ye:)

Wednesday, November 10, 2010

terima kaseh~

hari ini paper kedua terakhir aku..perasaan yang bercampur-baur.carry mark yang agak suam2 kuku.sedih..tapi sedih aku agak terubat bila madam tules good! d answer booklet midterm aku:) macam hari2 yang lalu.tiada ucapan pembuka hari.suram rasanya..ditambah pula dengan tiada ucapan gudluk tuk paper hari ini..namun aku maseh blh menjawab.maseh mampu menulis.tiada yang terkesan di hati:)

kita sudah melupai culture yang kita cipta sendiri..sekarang bagi aku tu semua tak penting lagi.ada tiada sama saja.aku maseh mampu melakukan kerja2 aku.taniah fana!kamu bukan gadis yang cengeng lg^_^

Wednesday, November 3, 2010

cinta dan harapan..

a luv,,,a hope~
kelmarin hanya tinggal kenangan
bersama peristiwa semalam
adakah hari ini yg ku tempuh kan bersinar untuk hari esok..
benarlah apa yg telah dikata
penantian itu satu penyeksaan
kepastian membunuh kerisauan
ketabahan mendamai keresahan
dalam dada ada bara cinta yg menyala
dalam cinta ada kita berdua
tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
dengan iman dapat kita membendungnya
hanya kudrat tuhan yg bisa menyatukan
dan bisa meleraikan cinta sesama insan
rahmat kasih sayang yg amat diharapkan
tuk kita abadikan kasih di alam cinta
bahagia.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...