search this blog!

Tuesday, December 25, 2012

Update

Assalamualaikum..hye selamat petang. Dah lama tak upadate blog hehe...macam-macam benda dah jadi..apa yang penting semuanya happy :) life's so far so good..Alhamdulilah..cuma petang ni kurang sihat. Aku dilanda allergic di muka buat kali yang ke-2. Macam nak ke PK, ambil surat mc huhu..nampak gayanya terpaksa la straight cuti sepanjang minggu ni huhu..anyway aku akan update pada Dr Fazli nanti..rasanya semua kerja dia aku dah settle kan..aku akan terus buat kerja aku di rumah saja..tak pun half day je esok, right after aku ke PK dan dapatkan surat mc..

Pulang ke Ipoh sangatlah menyeronokkan..berjumpa dengan family dan kucing2 tersayang hehe..kenduri di teluk intan sangatlah memenatkan aku..dengan cuaca yang sangat panas menambahkan migraine aku..tapi bila dapat mandi dan tidur sekejap lega sket rasanya..

Bila pulang ke rumah, mak selalu tanya soalan yang sama. Bila mau kawen? haha sabar mak. sy baru 24, dan dia baru 26. bagi la kami jadi orang kaya dulu. dia dapat beli Silvia dan sy dapat beli R35 baru kita langsung ye haha..anyway I'm so happy that our family got no prob with this relationship..tq atas restu dari semua..<3 font="font">

Wednesday, November 28, 2012

Angel from the earth

Assalamualaikum...selamat pagi rabu..baru saja menyiapkan kerja..banyak lagi yang menunggu..mata panda la jawabnya datang ofis kejap lagi hehe..terlanjur berchatting di FB tadi dengan seorang kawan atas kawan..dia yang aku kenal melalui page Kucing Perlis..sahabat baik kepada dia :) 

Tah la macam mana, tak semena-mena sahabatnya menceritakan tentang dia..en shamsul dah aku anggap macam pakcik sebab usianya yang lebih tua n dah pun berkahwin..Alhamdulilah..aku makin pasti siapa dia yang sebenarnya..memang tak salah pilihanku insyaAllah...

kate En Shamsul, dia ni jenis yang lembut..selalu je kena hambat masa di hostel dulu hehe..ehh kena buli ke? Biasa la..katanya awak ni lembut orangnya..gurlppp lembut? aku kehairanan haha..katanya bukan badan yang lembut..tapi jenis yang senang bawak berunding..lembut hati..dulu sama-sama 1 rumah sewa di KL masa praktikal..kata En Shamsul tu la sahabat plg baik yang dia pernah jumpa and susah nak jumpa orang macam awak..dah lama tak jumpa dgn awak katanya...

Dah tentu aku terkedu! stalker? dah lama rasanya aku tinggalkan jenayah stalker ni..malas nak ambil pusing..tah macam mana tadi sahabat dia yang berkongsi cerita..tanpa aku bertanya ape2 :) Itulah kalau Allah nak tunjuk perihal seseorang tu, Dia akan tunjuk jugak walau macam mana skali pun..:) memang, aku akui susah nak jumpa orang macam dia..macam angel from the earth :)

Moga jodoh kita panjang...saya sayang awak <3>

Thursday, November 22, 2012

Baru semalam..

Baru semalam aku lihat kau ketawa, ceria..hari ini kau seperti mencuka..seperti ada kegusaran melanda di jiwa..aku kurang pasti sebab-musababnya..tapi jika andaian aku benar, aku doakan moga dia cepat sembuh, gah di atas jalan seperti dulu..aku juga rindukan dia..apatah lagi dirimu..mesti la bertambah duka..aku doakan yang terbaik buatmu..moga segera selesai segala kekusutan..ada rezeki nanti boleh aku tumpang lagi :)

Saturday, November 10, 2012

Barakallahu lakuma..

Assalamualaikum..Sabtu yang indah..tarikh yang cantik juga..10.11.12...ramai yang amk kesempatan untuk mendirikan masjid..tahniah..doakan saya dan kwn2 yang still bujang ni cepat2 naik pelamin juga ye :) seronok dapat attend majlis sahabat lama masa zaman diploma dulu..tahniah dija n emi :) seronok juga dapat jumpa kwn2 dari zaman dip ke zmn degree dulu..Alhamdulilah semuanya dah berjaya membina kerjaya masing2..murah rezeki semuanya..walaupun aku masih berstatus student, tapi rezeki aku juga murah di sini..banyak benda yang aku belajar..cuma belum berkesempatan menempuh dunia pekerjaan yang penuh cabaran..kata mereka takde life dan sangat penat. begitukah? ohh aku takut tapi sedikit teruja..moga murah rezeki untuk saya dan keluarga..aminn

buat kesayangan, hati2 drive ye..fana doakan semuanye baik2 je..jage diri baik2 :)

Tuesday, November 6, 2012

2 years..

Assalamualaikum...Alhamdulilah masih lagi bernyawa. dapat bertemu dengan insan-insan tersayang..masa pantas berlalu.6 Nov 2012, harini genap 2 tahun kami berkawan..terharu katanya..ya, aku pun begitu juga..Sambil berbicara dia tak putus-putus berkata, moga Allah rahmati semua ini..sampai bila-bila. Ya, dalam hati aku pun begitu jua..

Katanya ada sesuatu di bulan December..aku kurang pasti apekah ia..kita tunggu dan lihat saja apa kejutan yang dia nak buat tu ekk.

Next step? Alamak, awak tunggu la saya abis study dulu ekk..:)

Monday, October 29, 2012

Aidiladha yang indah :)

Assalamualaikum..selamat pagi Isnin yang indah. Alhamdulilah masih lagi bernyawa dan bertemu dengan insan-insan tersayang..Alhamdulilah aidiladha kali ini disambut dengan penuh meriah serta kesyukuran..di serikan pula dengan kehadiran sanak-saudara dan yang tersayang..terima kasih kerana sudi datang :) dan padan muka jugak sebab kena buli dengan abah haha..tapi aku rasa itu satu perkembangan yang baik..mudah-mudahan dapat mengeratkan ikatan antara kita semua..hehe bila ingat balik kejadian awak kena paksa makan oleh mak sampai nampak sangat muka awak menahan kekenyangan hehe..kesian ekk..pastu abah pula ajak solat maghrib di surau..nasib awak tak tolak ekk.kalau tak dengan awak2 kena reject huhu..boleh pulak abah cakap nak naik kete awak la..kete terbang katenye haha adoyaii..sempat lagi balik dari solat ajak dia dan membernye singgah lagi minum-minum..

oleh kerana malu sangat, aku pass hadiah birthday kat abah..omg hope awak tak kesah..soalan yang berbalik-balik ditanya pada aku, "bila nak datang sini pulak?" adoyaii segannye..sepertinye sudah dihidu oleh kak yong or achik awak..katanya mesti datang jugak..InsyaAllah suatu hari nanti ye sayang..

ok la mari sambung buat koje balik..sayang semua, sayang selalu..

Sunday, October 14, 2012

Bina impian

Assalamualaikum..pagi Ahad yang menyenangkan hati..terima kasih ya Allah, masih lagi berpeluang untuk membuka mata, meneruskan hidup dan dapat berhubung dengan yang tersayang..ceria sungguh suara kakak dan mak pagi ni :) Pagi subuh yang disambut dengan perasaan yang tenang lagi gembira..tergerak hati ingin mengejutnya untuk solat Subuh padahal harini bukan hari bekerja dan sememangnya aku sudah tahu yang dia bangun terlebih dulu dari aku..saja nak test kesayangan saya ni dah bangun ke belum..dari riak mesejnya dia mungkin fikir aku mamai or lupa yang harini hari Ahad..hehe sampai tanya "..tp harini Ahad kn yunk..nk p ofs ke cyg.." hehe saja nak pastikan awak sudah bangun..:)

Terlajak kami berbicara, katanya malam tadi mimpi best..dia masih berteka-teki pasal mimpinya tu..di suruhnya aku teka..alamak agak susah nak diteka ni..tanpa banyak bicara dia pun cerita la pada aku..katanya malam tadi dia mimpikan kami berdua daki gunung kinabalu, sampai ke puncak. Siap plan nak daki gunung lain pula tapi sudah terjaga..:) Tafsir mimpi yang baik..mungkin akan mencapai kejayaan atau bina impian bersama..mudah-mudahan Allah berkati..yang baik datangnya dari Allah..aku doakan semuanya berjalan dengan baik..aku masih lagi tersenyum sehingga kini. Harapan dan doaku agar kita sama-sama berjaya dan dapat capai impian kita bersama..

terima kasih ya Allah..moga pertemuan ini membawa 1001 rahmat serta kebahagiaan buat kami semua. malam tadi dia mms gambar ummie dan alia..dua beradik yang comel dan dah besar :) sambil melihat, aku mengharap..harapanku agar suatu hari nanti aku dapat jadi sebahagian dari keluarganya..aku dapat rasakan dia datang dari keluarga yang baik-baik..melihat air muka abahnya, maknya, abang serta kakak2 nya sudah cukup memberi jawapan yang sempurna pada aku..wajah yang diberkati..ada ketenangan di situ..moga Allah menyambut baik harapan ini..insyaAllah aamiinn:)

Sunday, October 7, 2012

Ya Rabb

Assalamualaikum..pagi Ahad yang tenang, tapi jiwaku seperti berkocak..Ya Allah, dah lama aku rasakan nikmat ketenangan yang kau beri..tapi harini seakan-akan ada benda yang serba tak kena. Adakah ini hanya perasaanku..mungkin juga kerana aku uzur. Alunan zikir terapi diri sangat mensayukan hati ini tapi aku masih rasa tak tenang..tah apa yang ada dalam fikiran ni..macam-macam benda, saratnya..

Sejak dua menjak ni aku mimpikan sesuatu yang tak baik. Mimpi kucing, budak, bayi, tempat kotor, ditambah pula dengan jiwa yang sering gelisah, sakit-sakit sendi dan di bahagian belakang..perlu ke aku berubat di mana-mana pusat perubatan Islam? aku takut..Ya Allah, hambaMu ini minta perlindungan dan pertolongan dari perkara yang tak baik, anasir jahat dan dengki khianat dari manusia itu sendiri..

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk mungkin datang dari kesilapanku yang dulu..ampunkan aku ya Allah..:(

Thursday, October 4, 2012

^__^

Assalamualaikum..petang yang mendung. Period pain menambahkan lagi ksejukan yang aku rasa huhu..Alhamdulilah dia sudah pun selamat pulang ke malaysia yang tercinta ni muahaha..Ermm ingatkan rindu lah sangat..tapi dah asyik2 call je..tak jadi nak rindu-rindu haha..call dari kementerian pelancongan ho chi minh katenye haha..ade2 je ekk..

Kerja masih banyak..tapi semangat dari family, Dr Fazli dan dia selalu buat aku kuat. Bukan senang nak senang..kalau boleh aku nak bina impian bersama..biar kita semua berjaya..buat siblings yang masih menuntut ilmu, moge tercapai segala impian dan cita-cita..dan awak juga, kesayangan saya:) 

I've lost someone before..tapi tak pernah sangka yang Allah akan beri dan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. memang indah ketentuan tuhan..Thank you Ya Allah..Moge pertemuan ni membawa 1001 rahmat dan kebahagiaan buat dua keluarga kita. Aaminnn

Thursday, September 27, 2012

#Day 1

Assalamualaikum..malam yang meletihkan(ceh macam la buat koje berat sangat) huuu...Lain rasanya harini. Lain sangat..baru hari pertama..Even we didin't contact thru phone tapi siang tadi sempat la jugak dia tanya kat Fb..aiseyy tak pernah lupa nak tanya dah makan ke belum, dah pulang ke belum. I just want u to enjoy ur trip there..me here InsyaAllah ok je..Subuh tadi nasib tak terlajak.tu pun dah pukul 6..kata nak call dia tapi alih-alih dia yang call aku haha..

Sebelum check in, sempat lagi berpesan. Jaga diri baik-baik, makan jangan abaikan..aikk terbalik plak. Patutnya kita yang cakap macam tu kat dia..jaga diri baik-baik kat tempat orang..Ermmm macam kelu lidah nak bercakap..tapi at last aku pesan benda yang sama balik..haishh macam masa ni frozen plak..rasa macam lambat sangat berlalu hehehe..dekat sana lambat sejam..so sekarang baru pukul 9:08pm kat sana padahal kat sini dah pukul 10 hehe..

Hope everything is ok there..missing u a lot my deary :)

Wednesday, September 26, 2012

Pupui neno teto

Assalamualaikum...syukur atas rezeki harini..Alhamdulilah. "Pupui, neno teto" hahaha..kod rahsia ni..dah macam budak2 plak kami ni kan haha..Alahai malam ni or maybe awal pagi encik neno teto saya ni nak gerak dah..moga selamat la perjalanan ke Vietnam ye..cepat2 balik sini tau huhu..

Tadi call mak dekat setengah jam lebih la..macam2 cerita ade..yang penting pasal kucing mesti la menjadi keutamaan..ape yang jadi even susah nak terima tapi aku redha..Opek pun doc cakap 50-50..mak cakap terseksa dah tengok dia. Kalau dia terus macam tu, aku redha Allah ambil dia..dia baik and sangat lah lincah..sunyi rasanye bile tengok sangko dah kosong..mak cakap esok nak lipat pastu simpan je..tak sanggup nak tengok dh..

Aku ade jugak cerita kat mak yang dia nak ke Vietnam..pesan mak hati2..pastu blh plak buat lawak haha..katenye kat sane ramai peminta sedekah yang kne potong kaki dgn tangan tu kan? Haaa yeke mak? haha mak ni buat lawak je..mak cakap jangan makan lipas goreng, kucing..haha ape la mak ni..

Ohh rindu kat semua..moge semuanya di bawah lindungan Allah..InsyaAllah..sayang semua, sayang selalu:)

Thursday, September 20, 2012

Pelbagai yang happy-happy

Assalamualaikum..selamat berehat-rehat di malam hari hehe..amk mood dulu sebelum nak start buat paper balik huhu..Actually nak cerita macam-macam cerita happy ni..semua laaa happy, takde yang tak happy hehe..First thing first, dapat offer teaching hehehe..budak2 degree sem berapa and subject ape yang tu aku akan discuss dengan Dr Fazli nanti hehe..means kena let go la offer lagi 1 yang aku dah accept 2 hari lepas cehhh...makanya bermula lah sesi sign contract huhu..adoyaii bpe byk progress report la kne buat start sem ni..2nd, dah sekian lama aku tak jumpa si cefy oren tu..ttbe semalam masa otw pegi eco1 aku terserempak plak dgn dia..perghhh dah cun siot...abis setiap angle aku amik gambo..dah macam kete aku plak kan haha..tapi siyes mang banyak improvement ni..caya lahh!! and 3rd, dia cakap drag kat Sepang ade minggu depan..ermmm takot plak tak jadi macam haritu..nak datang sini lagi katenye..bukan taknak kasi datang tapi hari Jumaat tu nanti dia betul2 baru balik dari Vietnam.. aku taknak la dia letih and tak cukup rest huhu..kalau datang sini hari sabtu, sah2 pagi ahad baru dia balik n sampai umah..dah tu isnin nak keje plak..adoyaii mang letih kottt...next time la ekk yunk huhu..ape lagi ekk yang happy? ehh banyak laa..nak cerita nanti sampai esok aku tak tdo hehehe..ok la nyte..:))

Sunday, September 9, 2012

Perihal semalam..pranggg!!!!

Assalamualaikum..Selamat berhujung minggu. Hari Ahad yang indah tapi bila mengenangkan esok ialah Isnin aku terus jadi lemau huhu..tak pelaa kena la lalui jugak wuwuwuwu

Semalam dia datang ke sini. Agak lewat. Dalam jam 6.30 baru sampai di rumah aku sebab gerak dari Ipoh pun lambat huhu..Sampai sejuk kuetiaw kite tahu tak hehe..memandangkan maghrib pun semakin hampir, dia mengajak aku untuk solat di masjid putrajaya. Alhamdulilah..nampak gayanya boleh jadi imamku sebab solat tak diabaikan..tapi malu la plak sebab aku period haha. Macam tau-tau plak tu. Tanya aku nak tunggu kat kereta je ke?Aiseyyy baik aku keluar amik angin kat depan tasik tu je hehe..sempat la jugak snap beberapa pic sementara nak tunggu dia..

Lepas tu dia ajak turun kat bawah..minum2 katenye. Dia nak order kuetiaw tapi aku cakap alaa takyah la..dia tanya nape? Tadi dalam bekas tu ade ape? pandai ye pancing..(niat di hati taknak bagi tau) tapi takut plak dia order benda yang sama. last2 terpaksa la bagi tau. Hah terus excited bile dapat tau aku masak fav dish dia.terus taknak makan..nak makan kuetiaw tu je katenye...amboiii hehe tak tau la sedap ke tak..

Minum2 sambil makan fries. Skali drag battle kat sepang cancel la plakkk!!!punah harapan..please make ur way to speed city. Last2 ke speed city lagi la huhu..tapi ade pod kire puas ati jugak la..prangggg!!!! masa nak beli air kat speed city abang stall tu buat lawak plak..nak air ape? abg beli la ni air kasih sayang..air kasih sayang???haha aje lawak deme ni.aku dah tergelak-gelak kat belakang dia..adoyaiii

Dia jumpa kawan lama dia jap pastu ajak aku minum2 area balakong..mula-mula taknak makan sekali order ayam tandoori la plak hehe..takpela lapo sangat la tu..sampai di rumah, mula la tragedi calculation haha..bukan ape aku segan la asyik dia je yang spend. dah la agak jauh travel dari ipoh-kl.penat plak tu..dok lawan tolak-menolak duit. last2 aku paksa jugak dia amk. Yesss!!

Pukul 7pg tadi baru sampai rumah..Alhamdulilah.. rase bersalah katenye sebab amk duit tu..aku lagi rase bersalah kalau dia tak amk..tak pela aku betul2 ikhlas ni..

"Monink yunk. br selamat sampai umah..tq sbb tapau kuetiaw yg dap 2.xde la brlapo balik td hehehe tq ye yunk" 

Sedap katenye..ade udang.maybe dia suka..aku takde ape nak bagi..setakat masak cincai2 bermodalkan tak lebih RM10 jela yang mampu hehehe..

Ok la macam panjang plak entry yg ni kan..lastly saya nak cakap saya suke naik cefy awak..pranggg!!hehe dan saya pun sayang awak:)

Friday, September 7, 2012

Jumaat dan Sabtu

Assalamualaikum..petang Jumaat yang agak bermalas-malasan haha..banyak jumpa article journal yg bagus-bagus tapi will read it soon, dalam erti kata lain procrastination  la tuhhh haha..Harini last day dia di Terengganu..will come back to Ipoh soon. Tapi tak tau la pukul berapa nak gerak. Have a safe journey dear..Hope u'll have some rest, enough rest I guess sebab esok nak ke sini plak..do I burden u? Huhu

Sabtu, macam biasa. Kerja jadi bibik. Cuci baju, kemas rumah and masak. I'll cook something for u tapi tak tau la ok ke tak haha..telan jela ekk sayangku..Hope everything goes well insyaAllah..

Ok if takde pape esok kita jumpa. Fetch saya di rumah dan terus ke Sepangggg..Hope to meet my fav supercar, R35!wow!

Tuesday, September 4, 2012

Hati rinduuuu

Assalamualaikum...Malam yang dingin.hujan sepetang huhu..suasana yang agak memilukan..hati saya rindu:) Esok sampai Jumaat terbang ke Terengganu..ada lawatan JKR ke cawangan sana dan ada friendly futsal dengan staff di sana..Hujung bulan ni Rabu sampai Jumaat juga terbang ke Ho Chi Minh..ada lawatan JKR CKM pula..belum pun pergi tapi hati saya sudah rindu...Moga selamat perjalanan ke sana ye..jaga diri baik-baik huhu...Ohh tiba-tiba sayu..

My pray is always with u..ily

Friday, August 31, 2012

Happy Merdeka Raya

Assalamualaikum..Alhamdulilah harini Hari Kemerdekaan negaraku yang ke-55..moge negara terus membangun di bawah pimpinan ulama..baru lah selamat dunia dan akhirat..InsyAllah. Suasana raya masih lagi terasa walaupun sudah masuk minggu ke-2..masih ada jemputan ke rumah terbuka..maklumlah harini kan cuti..Alhamdulilah moge makin erat hubungan..

Harini aku meluangkan masa ber'shopping' di Mines..tak banyak pun beli hehe..cukup sekadar me'reward' diri sendiri setelah penat bekerja dan belajar..baki wang yang ada selepas buat sket savings boleh la beli ape-ape yang aku rasa teringin hehe..Jam Bonia, bulan depan saya beli awak ye hehehe..

Esok keluarga tercinta nak datang ke rumahku..nak hantar adikku ke Melaka..moge dapat belajar dan kejar cita-cita..ingat jasa dan pengorbanan mak abah ok:)

Pagi ni sangat ceria bila aku di'hadiahkan' dengan sekeping gambar mms darinya..segak bergaya bawak land rover JKR ye syg hehe..Alhamdulilah event pun settle awl pagi tadi..boleh la rehat-rehat di rumah..dah 2 3 hari pergi kerja pukul 5pagi..cian dia ye huhu..mak excited je nak pergi tgk kamu tapi kite lambat bg tau kat mak hehehe

Alhamdulilah ya Allah, kehidupan sekarang bertambah baik..moge kami semua tak kufur nikmat..aminnn

Sunday, August 26, 2012

Salam lebaran

Assalamualaikum..salam lebaran, maaf zahir dan batin. Harini dah hari ke-7 Syawal. Esok dah start kerja. Pantasnye masa berlari..cuti lama-lama ni rasa macam lemau plak nak masuk semula ke ofs hehehe..Apa yang pasti kerja dah menuggu huhu..Lebaran kali ni disambut secara sederhana tapi meriah dan penuh kesyukuran. Alhamdulilah..Tak kisah pun nak pakai baju tahun-tahun lepas hehe. faktor usia kot..tak kisah la persiapan untuk diri sendiri cukup ke tak kan..

Syawal kali ni sama macam dulu-dulu jugak. Kwn2 mak abah datang rumah..wow ramai sangat dan agak letih buat kerja di dapo..ape salahnye bukan selalu kn hehe..Hari raya pertamaku sangat berseri-seri dengan kehadiran insan yang tersayang..janjinya selalu dikotakan. Tahniah, anda lulus ujian saringan dari mak abah saya haha..andai benar gambaran yang Allah berikan tu, aku lah insan yang palingggg happy:)

Ok la, dah nak maghrib ni. Selamat hari raya semua..maaf zahir dan batin. syg semua,syg selalu:)

Monday, August 13, 2012

Alhamdulilah, Alhamdulilah..

Assalamualaikum..Alhamdulilah harini sudah menjalani ibadah puasa hari yang ke-24..InsyaAllah Ahad ni umat Islam akan menyambut Syawal pula. Gembira hati ini tak terkata. Rezeki yang Allah bagi, belas ihsan dari Allah, berkat rahmah dan pertolonganNya..sungguh kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya. Dulu masa zaman muda-muda (sekarang pun muda lagi) entah la apa aku dah buat. Memang masa tu aku biarkan nafsu merajai aku..Moga Allah terima taubat nasuhaku..Aminn

Sekarang aku rasakan kehidupan aku jauh lebih baik berbanding dulu..Walaupun aku rasa agak ketinggalan dari rakan-rakan yang lain sebab hanya aku sorang je dalam geng aku yang sambung study. Tatkala mereka sudah develop karier masing-masing, aku masih lagi menggalas beg sekolah, pergi ke kuliah dan mengadap thesis serta assignment. Tapi Alhamdulilah ya Allah rezeki ku juga melimpah-ruah di sini. Allowance bulanan aku dibayar oleh geran universiti, tambahan pula ditaja oleh KPT..Alhamdulilah rezeki memang ada di mana-mana..Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu milik kita maka ia tetap akan jadi milik kita..

Dengan kehadiran keluarga yang memahami, insan yang tersayang dan rakan-rakan aku yang baik hati dan selalu aku rindui..moga kehidupan ini akan menjadi bertambah baik. Aku doakan moge mereka juga dimurahkan rezeki, diberkati hendaknya perjalanan hidup mereka di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan Allah menceriakan dan membahagiakan hidup mereka sebab dah buat hidup aku jadi sangat bermakna dan ceria..Aminn..

Sayang semua, sayang selalu. Thank you Allah:)

Friday, August 3, 2012

.........

Assalamualaikum..


Dear your heart,
I'm your silent lover. TQ


From my heart.


Wednesday, August 1, 2012

Dear Allah..

Assalamualaikum..pantasnya masa berlalu. Skg dah masuk bulan 8. lebih kurang suku bulan lagi nak melangkah ke tahun baru..MasyaAllah..di mana sudah aku sekarang. Moge semuanya baik-baik saje. Harini aku bangun dengan perasaan yang kurang enak. Apatah lagi aku sudah missed sahur aku pagi tadi. Hilang la keberkatan pagi tadi. Dapat pula tabir mimpi yang kurang baik. Aku jadi takut..serba tak kena aku pagi ni..harap-harap mood ni tak merosakkan hari Rabu yang indah ni..mungkin juga tak baik percayakan mimpi. Aku ccuba fikir yang positif. Terima ketentuan Allah dengan seadanya..tapi hati aku tetap jugak bimbang..alunan bacaan dari sheikh Ahmad al Ajmy lagi menambahkan kesayuan di hati..


Ya Allah, jangan duga aku dengan sesuatu yang aku tak dapat nak terima..moge semuanya ok je..insyaAllah..aminn

Monday, July 30, 2012

Fasa Maghrifah:)

Assalamualaikum..syukur masih lagi bernyawa..dapat sama-sama menjalani ibadah puasa even dah banyak hari tak sihat..anggap jela semua ni kifarah atas dosa-dosa diri ini..Alhamdulilah kita sudah pun memasuki fasa ke-2 iaitu fasa maghrifah ataupun fasa pengampunan..selesailah sudah fasa pertama iaitu fasa rahmat dari Allah..InsyaAllah amalan yang kita buat sepanjang 10 hari pertama di bulan Ramadhan akan dilipat gandakan pahalanya..

Fasa ke-2 ni sesuai la dengan kita manusia yang setiap detik dan setiap masa melakukan dosa..dan inilah masanya yang kita tak boleh miss, mohon taubat dan pengampunan dari Nya..moge Allah terima taubat kita..Aminn

Wednesday, July 25, 2012

Ada best, ada tak best

Assalamualaikumm...selamat menjalani ibadah puasa..hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Pantasnye masa berlari..tak terkejar rasanya huhu. Harini ada yang best, ada yang tak best. nak tak nak kena jugak tempuh..tempuh dengan senyuman dan kesabaran. Lagi pun sekarang ni kan bulan puasa so terpaksa la kawal sket emosi ni huhu...


Apa yang tak best? Ermm sijil-sijil penting hilang. Kerja ada lagi yang tertangguh..masakkk..next week committee meeting..cuakkkk. tambah plak dengar dorg cerita pasal viva or defense..lagi la aku takotttt


Apa yang best? dapat imbuhan masa collect data di melaka..dapat gift dari Dr Fazli yg baru balik dari Australia..hehehe..dan berbuka bersama ofsmate kat tasik idaman bangi..tempat yg cun and otw nk pegi pn ala2 kampung gitu hehe..release tension


Ok la..nak tito ni..nanti nak bangun sahur plak ni,,hehe tata

Thursday, July 19, 2012

Niqab

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful..


I'm always under the impression that what was allowed to be seen is my face and hand..I based my view on this..


Aisyah Ra reported that Asma', the daughter of Abu Bakar Ra, came to the messenger of Allah SWT while wearing thin clothing. He approached her and said, "Oh Asma' , when the girl reaches the menstrual age, it is not proper that anything should remain exposed except this ans this. He pointed to the face and hand "(Abu Daud)


Niqab is encouraged and recommended but not wajib or compulsory..May Allah forgive me and give me the courage, strength and hidayah to one day wear a proper hijab and niqab like the Mothers of the Believers did..May Allah guide us all to the straight path..Aminn

Saturday, July 14, 2012

Alhamdulilah..:)

Assalamualaikum..hari yang baik, perasaan yang tenang. Alhamdulilah ya Allah..harini parcel yang aku tunggu sampai jugak dengan selamatnya ke tangan aku sendiri..terima kasih En Syafiq..tertunai jugak hajat ni sebelum sampainye Ramadhan kali ni..Alhamdulilah..moga bertambah amalan dan diberkati Allah..itu ucapan sms En Syafiq pada aku tadi..seronok hati ni tak terkata..menggigil aku masa nak buka parcel tadi. Entah la kenapa..Tapi tak sempat nak sentuh dan mula recite memandangkan sekarang ni aku tengah uzur..InsyaAllah lg sehari dua boleh dah kot..


Moga hati ini bertambah tenang dan setiap apa yang aku buat rasa diberkati..insyaAllah..aaminn

Thursday, July 12, 2012

Congratulations syg:)

Assalamualaikum..Alhamdulilah what a peace and calm day today..hati ini tenang seperti selalu..:) harini aku dihujani dengan berita gembira darinya..walaupun pada awalnya dia segan nak bagi tau tapi my instinct say so..hehe congrats my dear saniku..Semalam aku diberitahu yang dia tak masuk kerja sebab ada raptai..program apa, tu aku tak sempat nak tanya..so harini still be the same but actually raptai dah takde sebab program start harini..then I asked him what program actually did u involve today? and dia just cakap got APC today. Then I asked myself, APC is stand for what? Hurmm rasanya macam it stands for Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..


Then I asked him is it correct? Dia just cakap taklaa..Ohh ok aku salah teka..but then dia cakap maybe..hehe I think so..it stands for anugerah perkhidmatan cemerlang..if betul I would like to wish him congrats..Hehe pastu baru dia ckp betul..hehe it must be an enjoyable Thursday for u dear..u deserved to get it sebab kamu memang rajin and I know u did a great job there..I guess the other staff kat JKR mechanical engineering kinta ni patut jadikan kamu as their role model la hehe..Again, congrats dear<3 

Wednesday, July 4, 2012

Indah..

Hingga akhir nanti ku hargai semua ini..yang terindah, yang tercipta dalam hidupku..Alhamdulilah kehidupan semakin baik di sini..masa pantas berlalu pergi. Setiap hari kita mengutip kenangan dan pengalaman..Allah itu Maha mengetahui apa yang Dia aturkan. Dulu aku banyak argue mengapa ini tak boleh mengapa itu tak dapat, aku mahu yang ini tapi dapat yang itu..


Usia mendewasakan kita..walaupun orang selalu cakap ada apa dengan usia, hanya nombor sahaja. Bagi aku ia bukan sekadar nombor, sambut birthday atau terima hadiah. Makin meningkat usia kita makin pendek lah hidup kita dan makin dekat dengan kematian..Alhamdulilah walaupun aku mungkin tak dapat apa yang aku nak tapi Allah beri apa yang aku perlu..


Sekarang hidup aku dah lengkap. Ada keluarga tersayang, kawan-kawan yang selalu aku rindu dan mungkin juga kamu yang istimewa dalam hidupku:) Moge Allah berkati kita semua..Sayang semua, sayang selalu <3

Sunday, June 24, 2012

24th on 23rd :)

Assalamualaikum...syukur masih lagi bernyawa, dapat bertemu insan-insan tersayang. Usiaku sudah meningkat. Tahun ini sudah 24. Character macam gadis umur 24 kah? Haha yang itu aku tak pasti..Terima kasih atas ucapan dan doa rakan-rakan. Aku sangat hargai..moga kita semua diberkati..InsyAllah..


Terima kasih buat Saniku yang sudi datang ke sini..Such a lovely moments with u last night:) terima kasih bawak aku jalan-jalan, tgk wayang dan my first time pegi speedcity even dekat je dgn rumah sewa aku ni hehe..pengalaman yang best..n tq for the present:) a gift from heart..what a cute wrapped hehe..<3


I'm so sorry if menyusahkan kamu..thought that dia akan straightaway balik..rupenye singgah tdo kat R&R je..aku rasa sangat bersalah..I'm so soryyyyy....aku tau dia lapo.tu yang pukul 11 lebih still ajak aku p makan nasi..tapi apakan daya perut aku dah tak mampu nak jamah apa2 makanan even dipujuk mcm mana pn huhu..perut dah masuk angin la syg..sorry for leaving u mkn sorg2.gotta run away belakang kedai sbb rasa nak vomit huhu..


Neway..thank you sume..syg sume,syg slalu:)

Wednesday, June 20, 2012

Counting days..

Assalamualaikum...hari yang indah, bersama insan-insan yang selalu membuat senyuman tak lekang di bibir. Alhamdulilah..Minggu ni minggu exam. Mujur take home exam. Tapi tak boleh juga dipandang ringan. Maklumlah take home exam, mesti expectation tu tinggi kan tuk menghasilkan jawapan yg terbaik. Moga semuanya ok..lepas ni akan fokus balik pada thesis dan projek Dr. Maju Farhana maju hehehe...


Syukur Alhamdulilah..kalau dipanjangkan umur, sabtu ini genap usiaku yang ke 24. Tercapaikah sudah hasrat dan impian? perjalanan masih jauh di hadapan..kali ini mungkin dapat sambut hari kelahiran dengan perasaan yang agak lapang. Maklum lah sejak dari dulu hari lahirku jatuh pada minggu exam. kadang-kala sampai terlupa hehe..Sambutan tu tak la penting..apa yang penting kita muhasabah diri. Sebenarnya umur kita bukan makin panjang tapi makin singkat..makin dekat dengan kematian..


InsyAllah kalau takde aral, mungkin dia akan datang ke sini..Ingin membawaku ke Sepang. Aku agak teruja..Walau apapun, izin dari mak mesti aku minta terlebih dulu..moga dapat menjaga adab dan batas bila keluar bersama nanti..Kerana agamaku dan tuhanku, aku cinta kamu...:)

Sunday, June 3, 2012

Keterujaan

Assalamualaikum...pagi Ahad yang happy:) Akhirnya tercapai juga kasrat nak mempotretkan wajahnya bersama cik cefy kesayangannya..terima kasih munif.Wah tak rugi kawan dengan macam-macam orang ni. InsyAllah fana akan promote kat kwn-kwn juga pasal artwork munif tu. lagi pun fana memang suka dengan artwork munif..semua cantik2. Nak harap tangan yang tak berseni ni mang tak jadi lah kan hehe..Tak sabar nak tengok hasilnya..Sekarang pun munif dah start lakar. Kwn punya pasal aku dapat discount woo hehehe..tq munif:) InsyAllah nanti kalau lukisan dah selamat sampai aku akan taruk frame so nampak la macam proper sket..Hope setiap kali dia tengok potret tu dia akan ingat aku :) Nak kira kos tu rasanya kos dia slalu pegi balik  dari ipoh ke serdang maybe lebih dari tu huhu..Hope semuanya ok dan seperti yang dirancang..Aaminn:)

Saturday, May 26, 2012

Undisclosed love

Assalamualaikum...Alhamdulilah masih lagi bernafas.Masih lagi berpeluang untuk bertemu dengan wajah-wajah kesayanganku..Harini baik-baik saja..Sama macam yang sebelum ni. Aku bahagia, tenang dan gembira..


Demi tuhan, kita bertemu dan berpisah..Aku sangat hargai pertemuan ini..Kau sebahagian daripada kehidupanku..Selepas keluarga, kau lah orang yang aku sayang..Tapi sayang, apa yang kita lalui sekarang ni ibarat 'Undisclosed love'. Lidah kelu, tak mampu nak berkata-kata. Kita masing-masing hanya mampu berkias.Aku takut..takut peristiwa lama berulang. Itu semua sebab aku terlalu mengharap, terlalu meletakkan harapan yang tinggi..Tapi sekarang biarlah masa yang menentukan segala-galanya..Seperti yang kau selalu katakan padaku..InsyAllah, masa akan menentukan segala-galanya..


Biarpun pertemuan kita hanya di laman MukaBuku..tapi hati aku telah jatuh cinta..bukan pada dirimu terlebih dulu. Aku jatuh cinta pada keluargamu! Di hari kau ingin bertandang ke rumahku, aku tak tahu nak cakap apa pada emak bila emak mula bertanya kau tinggal di mana, rakan satu sekolah ke. Aku sendiri pun tak tahu kau siapa. Lepas tu baru aku terfikir nak kenali mu melalui gambar-gambar di MukaBuku. Aku terpana..Gambar pertama yang aku lihat ialah gambar kau seisi keluarga..Sejuk mata memandang..Aku jatuh cinta..


Walau apapun kenyataannya selepas ini, aku tetap terima dengan hati yang terbuka. Tak mengapa kalau ia undisclosed. Sekurang-kurangnya iman kita terjaga..Keakraban kita sekarang ini pun sudah cukup baik bagiku..Bahagia rasanya..:)

Friday, May 18, 2012

Hehe macam-macam hal!

Assalamualaikumm...Phew what a hectic Friday lah hehe..all in one! mang rasa penat, macam robot, busuk akibat peluh, almari baju bersepah, kerja banyak tak siap, dapat beberapa news yg sangat urgent tapi sempat p dating hahaha


Actually Isnin takla blues sangat bagi aku. Jumaat lagi hectic sebab banyak kerja yang bakal jadi on the following week akan dilambakkan pada hari Jumaat huhu..dah la Jumaat tu rasa mcm singkat je waktu dia sebab break lama sangat.  Ermm apa boleh buat..hadap jela. Janji kita tetap senyum..:) Btw thanks to Ming sebab inform aku pasal final exam untuk research method punya kelas. warghhh!!bile masa la plak ade sit-in untuk final exam for postgrad neh??nsb ade lagi sebulan nak prepare. Next two weeks dah la kena hantar assignment yang marks dia carry about 40% huhu..hopefully semua ok la sebab Prob stat aku pun got no prob and Dr cakap everything pun clear. Alhamdulilah..just aku nak tunjuk the whole chaps kat advisor aku je..masakkk..


Lagi satu hal yang bikin pening pale aku ialah nak apply grants ni. Gile lah, dalam portal cakap next month close date. Aku pun baru je check kmarin and Zuzu n Tati pun baru je sembang2 psl benda tu. Tup tup Dr msg aku cakap mgu depan last. Gile terperanjat hati beta huhu..Dia suruh isi mana yang boleh. Aku rasa mang banyak yang tak boleh. Ni 1st time kot aku apply grant tu. Hope dapat la 15k banyak kot tuk cover project aku nanti..mintak-mintak sumenye ok laa..InsyAllah..


And petang tadi sempat plak aku jumpa dengan Mr Kepok runner aku tu haha..ehh awal plak habis kursusnya. Aku plak yang kelam-kabut wehh..last2 aku cakap bagi aku masa jap. Aku nak angkat kain haha bengong je. Kali ni aku tak berapa kaku la..banyak jugak yang kami sembang-sembang:) Last-last baru la aku bagi kek kat dia hehehe..ohh malu haha. Ye-ye je dia cakap mesti sedap ni..kang otw balik tak sempat sampai rumah mesti dah abis ni..haha pandai yela ek hehe..


Ok la, may Allah bless and ease ur journey. Cik cefy tak buat hal kira ok la tu:) Tata..ILY

Thursday, May 17, 2012

Hatred

Assalamualaikum...what a wet Thursday..mendung je pagi ni hehe..adakah semendung hati ni? jeng jeng jeng..Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk mungkin datangnya dari kesilapan dan kealpaan diri sendiri..Apa pun hidup mesti diteruskan, bersyukur dengan segala kurniaan Illahi...

Sekarang, apa yang boleh aku pesan dalam diri ni ialah selalulah berhati-hati dalam melangkah..dalam semak mungkin ada duri yang kita tak nampak. Mungkin ada kalanya kita terpijak tapi perjalanan tetap harus diteruskan..Jangan fobia melangkah sebab mugkin ada sesuatu yang berharga sudah sedia menanti di penghujung jalan:)


Malam tadi bukanlah hari yang begitu baik bagi aku..Tapi entah macam mana..mungkin kebiasaan untuk marah-marah itu sudah tiada. Walaupun sakit telinga menadah kata-kata pedih tapi aku tahankan saja. Hormat atas dasar perbezaan usia..Susah ke untuk kita saling menghormati? Nak ditegur aku segan, tak tahu macam mana nak mulakan bicara..maklumlah aku kan orang baru dalam rumah ni..mereka sudah aku anggap seperti kakak-kakak..


Aku harap mereka akan ubah sket perangai mereka tu. Jangan cepat marah-marah, jangan terlampau berkira, jangan cakap main lepas sampai terguris hati orang lain. kalo boleh tegur la baik-baik. Semua orang dalam rumah ni dah besar, patutnya di layan sebagai orang dewasa:) Jangan baru buat kerja sekali dua sudah mengungkit..Orang lain pun ada buat juga tapi mungkin tak tunjuk depan-depan..kadang-kadang sedih dan tak tahan dengar mereka memaki kucing-kucing gelandangan yang tumpang makan di rumah. Bila tengok mata meow-meow tu aku jadi tak sampai hati..mesti dorg faham kata-kata manusia kan...Maafkan aku yang tak dapat nak menolong...


Tuesday, May 15, 2012

Kek batik, with love

Assalamualaikummm...harini aku begitu teruja sekali..buat pertama kalinya aku nak bagi dia rasa masakan aku yang tak seberapa ni hahaha..kebetulan dia ada kursus di Kinrara esok. So katanya hari khamis nak bertandang ke rumah sewaku ni hehe..Ohh begitu nervous walaupun hanya perlu buat kek batik yang paling senang di dunia hehehe..tah macam mana kebetulan aku memang dah beli bahan-bahan nak buat kek batik pn tadi..Cerita punya cerita rupenye dia tak tau kek batik tu macam mana haha..maybe dia pernah makan tapi tak tau yang tu namanya kek batik hehehe..Bila di tanya nak ke? Jawabnya 'nak nak' dengan penuh teruja hehe..


Ok la kamu, hati-hati otw ke Kinrara nanti. Moge dapat manfaatkan ilmu yang kamu dapat masa kursus nanti ok:) My pray is always with my family and you...:) Sy tunggu kamu datang ye..Syg semua, syg selalu:)

Sunday, May 13, 2012

Kepok runner!

Assalamualaikummmm....harini aku nak update pasal semalam. Tq my Mr. kepok runner..susah-susah je singgah rumah semata-mata nak bagi kepok leko yang di borong dari ganu. Muke pun nampak letih je huhu..tapi tak sempat nak sembang lama ngan abah ekk sebab nak drop beberapa org kawan..tapi takpela tq ye bagi..I really appreciate that dear:) Pagi tadi baru mak goreng. I'm not really sure either kena rebus balik or goreng haha..tapi sedap jgk:) Lega rasanya hati ni awk selamat sampai, mak abah pun selamat sampai tadi..lately mata kiri aku asyik bergerak-gerak je..orang kate ade benda sedih yang nak jadi, tak pun ade something yang buat kite menangis..takot dan risau..tapi takde pape kot. If nak jadi pun biar lah tu perihal diri aku je. Hope tak jadi kat org-org yang aku sayang..InsyAllah..


Again, tq my Mr kepok runner. ILY :)

Wednesday, May 9, 2012

Smile :)

What a great Wednesday :) while finish up my proposal assignment, sempat lagi nak berblogging haha..Just wanna express my thankful, Alhamdulilah..praises to Allah for a good life now. I have nobody to help me except Allah..Moga di waktu lapang dan senang begini takkan sesekali lupakan Allah kerana kadang-kadang Allah memberi anugerah dalam bentuk cubaan dan menguji kita dengan sesuatu nikmat. kalau kita nak Allah tolong kita waktu kita susah, kita jangan sesekali lupa Allah waktu kita senang..Susah dan senang tu semua pemberian dari Allah...apa yang penting kita redha:)

Thursday, May 3, 2012

If only I could..

Hye..harini Khamis. Pagi yang tenang, setenang hatiku..Thank you Allah for blessing me and the people I love most in my life..my family, my friends or even the people who hate me:)


Bila ingat balik kesalahan yang aku dah buat dulu..malu rasanya. If only I could turn back time..Tapi tu sesuatu yang mustahil tuk berlaku kan..So apa yang paling penting sekarang aku takkan ulang balik kesilapan yang sama..If aku ulang balik maknanya aku sengaja ulang dosa yang sama..Dulu mungkin terlalu ikutkan darah muda. Tapi sekarang pun aku masih muda ape hehehe..Usia klimaks macam ni la paling banyak cabaran..Hidup ni sentiasa ada dua pilihan. Terpulang pada kita mana satu jalan yang kita nak pilih. Aku tak mahu lost in lust macam dulu..


Benar kata-kata di dalam kalam suci, Kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemurkaanNya..sekarang baru terpampang depan mata. Sekarang baru aku nampak..Sesuatu perkara tu mungkin nampak cantik dan sempurna di mata kasar tapi sebenarnya membawa kemudaratan dalam hidup kita..Mungkin bukan dalam jangka masa terdekat tapi bakal berlaku di masa akan datang.


Selain nikmat paling utama dalam hidup aku iaitu dilahirkan sebagai orang Islam, ini lah nikmat yang aku rasa sangat mengubah rentak hidup aku..Few years back aku macam orang tak tahu bersyukur, Islam pada nama tapi hanyut dalam nafsu sendiri. Aku tak salahkan sesiapa. Mungkin aku sendiri yang senang terpengaruh. But thank you Allah for your blessing. You are so compassionate and so merciful and answer all my prayers. Thank you Allah for listening and taking care of all my needs..I'm trying to be a good daughter and a good Muslimah too..aaminnn

Tuesday, May 1, 2012

1st May 2012,a silent and whisper meet up

1st May..it's a labour day and of course lah kan public holiday..so cuti yang ada ni boleh la santai-santai dan buat free activities hehe..Macam harini, actually it wasn't a perfect and detailed plan to meet him. Setelah di consider the offers so rasanya harini boleh la kot nak jumpa. Few years back was a day I met my ex and lepas tu dah takde. So it kinda a very weird feeling. I don't talk too much except for sengih2 like kerang busuk haha..Actually this is the third meet up. Two times with my parents and this time I convinced my mom to met him alone..and Alhamdulilah mak allow us to meet but "don't go too far" haha..ok mak


Seems dia masih tak biasa dengan jalan nak ke rumah, I don't hope too much yang dia akan berjaya jemput aku di rumah sewa ni hehe. But then I told myself, if dia ikhlas nak jumpa, may Allah allow him to come and perjalanan dia dipermudahkan. After solat Zohor dia call and nearly arrived. As usual, aku memang ada problem if nak bagi direction haha..but thanks to Kak hajar because I pass my phone to her and dia yang tolong bagi direction. How bad lah aku ni haha..


We went to Alamanda, the nearest place after The Mines and Jusco haha..makan-makan and teman beliau beli kasut but then lastly beli porch bag haha..round-round( actually tersesat dlm Putrajaya, haishh) haha. dia bawak tgk track drift and hv some chitchat.As usual aku banyak diam.Damn haha..And now he's on the way back to Ipoh. May Allah bless your journey..aaminnn:)

Thursday, April 26, 2012

Izinkan ku MAKI..

Udah lame ghasenye tak marah2 ni ye..aje geram beno dgn peel org yang tak paham bahase ni ekk..aku tak koserrr nak memain ngn ko lah berok! Aku tak kire, bayo balik duit aku. Udah ckp terang-terang pon tak paham lg le? ke buat-buat tak paham. Tengin punye jantan! Sebelom ko nak heret cikaro p sne sini, meh bayo dulu duit aku tu. Pastu kompom aku tak kaco idop ko dh..lg pun takde pekdah aku nak berurusan ngn ko lg lah. Mang tak gune toi ko ni la. Ape pun tak boleh pakai. harap ade telo jela..yg tu kucen2 aku pn ade. Phuii!!

Monday, April 23, 2012

Monday Blues!

Hye2..today is not a good start at all. Sakit kepala selalu buat mood aku hilang. Tak dapat nak fokus pada kerja. Kepala yang semakin berdenyut bagai nak pecah jadi bertambah teruk bile memikirkan chapter two yang masih stuck, report-report yang masih belum bersentuh, kerja-kerja tambahan dari lecturer. Pening, pusing dan macam nak muntah. Ya Allah, susah macam mana pun aku kena hadap jugak sume ni sebab ni jalan yang aku pilih and aku percaya ni la jalan terbaik yang Allah dah pandu aku tuk sampai ke sini. berhenti di tengah jalan bukanlah gaya aku. Alang-alang sudah masuk jalan kampung, redahkan saja laa...Wish me luck. I love me n my family hehehe

Saturday, April 21, 2012

I wish everyday is today:)

Hye2..semalam aku n family spend time kat umah di Siputeh..harini sangat best..Si dia bertandang ke rumah lg..terima kasih ye sudi dtg..wish it never ends:)

Thursday, April 12, 2012

Terkedu..

Salam Khamis yang tenang lagi ceria..walaupun semalam ada sesuatu yang berkocak di hatiku tapi selagi tuhan masih ada, aku rasa tenang-tenang saja..Apa yang dah jadi sebelum ni banyak membuatkan aku lagi berhati-hati, jangan terlalu hanyut dengan perasaan. Apa pun yang terjadi, biarlah aku berbalik kepada Allah sebagai tempat rujukan..


Memang hati berkocak, memang hati ni tak senang dengan apa yang dia ceritakan semalam..tak semena-mena air mata aku terbit, mengalir di celahan pipi. Tah kenapa..takut, bimbang, khuatir kalau kalau kehadiran kekasih lamanya boleh mengubah segala-galanya..Kenapa aku perlu berperasaan begitu? Aku pun tak tahu..Tak adil rasanya mendoakan sesuatu yang kurang elok sesama umat manusia. Namun apa yang selalu aku sematkan di dalam doaku, sekiranya dia adalah untukku moga hubungan ni dapat mengeratkan silaturrahim antara dua keluarga. tetapi sekiranya kami tak ditakdirkan untuk bersama, moga tuhan hindarkan aku daripada kekecewaan yang teramat sangat..


Sesungguhnya Allah itu perancang yang cukup hebat, cukup sempurna..Aku hanya mahu jadi hamba yang ikhlas dalam segala hal, ikhlas dalam menerima qada dan qadar yang Dia tetapkan..kerana kesilapan aku yang dulu banyak membuka mataku akan kebesaran dan kasih sayang Nya padaku...

Tuesday, April 10, 2012

For you...:)

Sometimes late at night
I lie awake and watch him sleeping
he's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would he ever doubt the way I feel
About him in my heart

If tomorrow never comes
Will he know how much I loved him
Did I try in every way to show him every day
That he's my only one
And if my time on earth were through
And he must face this world without me
Is the love I gave him in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much he means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell him how I feel

If tomorrow never comes
Will he know how much I loved him
Did I try in every way to show him every day
That he's my only one
And if my time on earth were through
And he must face this world without me
Is the love I gave him in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes

Tuesday, April 3, 2012

Hey:)

Salam Selasa..harini 3 April, birthday bonda tercinta..moge pjg umur dan murah rezeki, bahagia di samping suami dan anak-anak tercinta hehe..tiada mak tiada la kami. Skg kami sume dah beso, we gain some experiences in our life. Sometimes we're able to cope with our own probs but sometimes we don't..but as long as we stick together, I think it makes me stronger and happy:)


Aku di sini ok-ok saje..masih dengan kerja-kerja sekolah orang dewasa haha..Harini jugak aku blur..maybe aku lapar sebab harini aku puasa. jasad di ofis tapi minda dan jiwa tah di mana..terbang melayang ke ipoh. teringatkan anak-anak kucingku..teringatkan rumahku syurgaku..teringatkan kamu.Semuanya sumber kekuatan aku.. Owhh rindu!

Monday, March 26, 2012

It's Monday!

Helluuu..It's Monday againn..Monday Blues kah anda haha..Aiseyy pagi ni rasa sket ngantok.maybe smlm tdo agak lewat. Semalam adalah hari aku me'recap' memori bersama si dia. Niat di hati nak dgr dia bercerita. Last2 aku yang over bercerita huhu..maapkan daku ye..Well it's good to share something with u..ermmm pasal benda yang dah jadi siang tu kalo blh aku taknak la igt lagi huhu. Tah kenapa agak sentap but no worries, everything is forgiven lah dear..after this jgn la takot nk make jokes dgn sy plak ehh huhu..

Friday, March 23, 2012

Love being around you...

Salam Jumaat penuh barakah.. Hari ni dunia seakan-akan tersenyum padaku..Begitu sekali rahmatNya padaku..Alhamdulilah ya Allah..atas rezekiMu, atas ketenangan ini, atas kegembiraan ini..Sekarang aku rasakan hidupku lengkap dengan adanya keluarga, sahabat dan yang tersayang di sisi..Betul kata bonda, selalu lah berlapang dada dalam segala hal..dalam segala perkara yang banyak menimbulkan tanda tanya..Biar Allah saja yang tentukan. Ini juga salah satu rahsia para ulama dan mujahid yang tak pernah rasa ragu-ragu apatah lagi bimbang dengan perkara yang mereka sendiri tak pasti. Mereka serahkan pada Allah sambil tak lupa untuk berusaha dan berdoa..


Aku suka berada di antara kalian..rasa yang sangat tenang, ceria dan selamat. Memang sesuai dengan nama yang mak beri, CAHAYA KEGEMBIRAANKU :)

Saturday, March 17, 2012

Title

Kau dan aku punya masa lalu. Biarlah, itu kan hanya masa lalu. Jangan terlalu hidup dalam kenangan. Aku sudah tak mahu mengingati sejarah. Sekarang, kita buka buku baru. Mungkin dengan orang yang baru, suasana yang baru dan mungkin juga perasaan yang baru. Sekarang, hati pun sudah tenang. Jadi aku mahu minta apa lagi? Ini sudah cukup rasanya pemberian untuk aku dari tuhan. Air mata tak selalunya untuk kesedihan. Aku harap lepas ni aku banyak menangis kerana kegembiraan:)

Friday, March 9, 2012

Sahaja aku menaip...

Hye2, hui2, uitt2...dah lama rasanya tak update blog. Tah la apa yang aku nak update kn huhu..so hari ni aku nak update jugak even tak ade cerita ape pun hehe..so far kelas ok je..thesis progress agak slow. Ok aku banyak main..c'mon wake up wake up!! And skg aku tgh chat dgn si dia yang slalu buat aku happy..haha u are absolutely funny lah syg...

Hidup kembali bermakna..aku syg kamu semua:)

Wednesday, February 29, 2012

Time heals everything

...29th, May Allah always bless us. ILY Saniku..:)

Tuesday, February 21, 2012

What a bless!!

Assalamualaikummm kum kum haha...hari ini cuaca sangat baik. Mood juga ada baikk haha..Alhamdulilah harini aku dihujani dengan berita gembira..Ini satu permulaan yang baik. Yaa it's a good start i guess:)  cume yg tak brape nak baik ialah si dia masih belum sehat..Get well soon my dearest dear..


Hope everything goes well here..aminnn. Misi memulakan framework untuk thesis harus dijalankan. Errr tak nampak lagi cane ghopenye framework aku ni huhu..

Thursday, February 2, 2012

........................ -_-

Kerna ku memang penakut..mengakui cinta kepadamu. seribu kali ku cuba ucapkan bila bersamamu....:)

Thursday, January 26, 2012

Dia di sisiku...

Hari ini aku tenang, samanya tenang seperti semalam
Dia di sisiku, sangat bermakna
Dari dulu sudah aku sedari akan kepentingannya
Tapi aku hanya pandang sebelah mata
Kini dia lah segala-galanya
Dan aku tak mahu sesiapa lagi
Ini muktamad


Sejak dia ada di sisiku, hatiku berbunga-bunga
Ini perasaan yang sukar untuk aku terangkan
Tapi hanya aku dan dia saja yang tahu
Patah tumbuh hilang berganti
Takkan selamanya kita jatuh tersungkur
Hidup dalam kesedihan
Tidak..tuhan tidak sekejam itu

Monday, January 23, 2012

Falls for you..

Already falls for you...:) I hope someday u'll love me too :))

Friday, January 20, 2012

Count on you

8th February: Register
20th February: Class session


I can count on you like 123..I'll be there hahaha. NERVOUS!!!!

Wednesday, January 18, 2012

Aneh

Semalam aku mimpikan dia. Pelik..Aku tak pula teringatkan dia dan aku pasti dia juga sama. Dalam mimpi dia tidak sihat. Demam mungkin...Dia di sisi aku sambil slow kan suhu aircond dan berselimut. Aku di sisinya sambil membaca majalah. Dia masih membahasakan dirinya dengan gelarannya.

         "Abg lapar la..kejap lagi bawak abg g makan. Abg nak makan nasi la sebab dari semalam abg tak makan nasi.."

Aku diam saja..hanya mengangguk. Entah macam mana sampai di satu kedai baju dan kami pun masuk. Dalam kedai tu penuh dengan t-shirt yang dia pernah beli dulu. Dia sangat teruja dan ceria menceritakan ini, ini dan itu baju abg. Ingat tak abg ade beli dulu. Sama kan? Aku memerhatikan baju-baju tu dengan penuh kebingungan..ya memang sama! Lalu aku terjaga dan masih lagi bingung...

Saturday, January 14, 2012

Weird

I am so addicted to you. Why? You make me smile even on a bad day..and I really wish to stay longer in your heart. I wish you would realize that you always make my day..Am I in love? Whoa! that's weird...

Wednesday, January 11, 2012

Finally..

Selamat pagi diriku..Alhamdulilah maseh lagi bernyawa..Dapat bersua dengan orang-orang yang penting dalam hidupku. Finally..aku rasakan antara kami sudah tidak ada sengketa. Ini yang aku harapkan. Yang putus hanyalah perasaan kasih sayang dan cinta, bukan persahabatan. If dia tak meminta maaf sekalipun aku tetap maafkan dia. Sedangkan nabi yang maksum ampunkan umatnya..Ini kan pula aku yang menimbun dosanya..


Kini aku semakin tenang. At least aku tahu dia juga tiada dendam terhadap diriku..Satu pesananku..Andai kau masih lagi dalam kekusutan dan kesedihan, amalkan membaca surah Yaasin selepas solat kerana surah Yaasin adalah jantung Al-Quran..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...