search this blog!

Monday, August 13, 2012

Alhamdulilah, Alhamdulilah..

Assalamualaikum..Alhamdulilah harini sudah menjalani ibadah puasa hari yang ke-24..InsyaAllah Ahad ni umat Islam akan menyambut Syawal pula. Gembira hati ini tak terkata. Rezeki yang Allah bagi, belas ihsan dari Allah, berkat rahmah dan pertolonganNya..sungguh kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya. Dulu masa zaman muda-muda (sekarang pun muda lagi) entah la apa aku dah buat. Memang masa tu aku biarkan nafsu merajai aku..Moga Allah terima taubat nasuhaku..Aminn

Sekarang aku rasakan kehidupan aku jauh lebih baik berbanding dulu..Walaupun aku rasa agak ketinggalan dari rakan-rakan yang lain sebab hanya aku sorang je dalam geng aku yang sambung study. Tatkala mereka sudah develop karier masing-masing, aku masih lagi menggalas beg sekolah, pergi ke kuliah dan mengadap thesis serta assignment. Tapi Alhamdulilah ya Allah rezeki ku juga melimpah-ruah di sini. Allowance bulanan aku dibayar oleh geran universiti, tambahan pula ditaja oleh KPT..Alhamdulilah rezeki memang ada di mana-mana..Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu milik kita maka ia tetap akan jadi milik kita..

Dengan kehadiran keluarga yang memahami, insan yang tersayang dan rakan-rakan aku yang baik hati dan selalu aku rindui..moga kehidupan ini akan menjadi bertambah baik. Aku doakan moge mereka juga dimurahkan rezeki, diberkati hendaknya perjalanan hidup mereka di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan Allah menceriakan dan membahagiakan hidup mereka sebab dah buat hidup aku jadi sangat bermakna dan ceria..Aminn..

Sayang semua, sayang selalu. Thank you Allah:)

No comments:

Post a Comment

kekumen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...