search this blog!

Sunday, March 20, 2011

wanita dan PMS

beware!

salam u ols! ape khabar harini?.... buat wanita sehat d luar sana, u ols mesti tahu ape itu PMS kan? ya..Premenstrual syndrome atau dalam bahasa melayunya Sindrom Prahaid. sebagai wanita yang sememangnye concern tentang hal kesihatan pasti tak menganggap sindrom ini sebagai suatu perkara biasa atau lumrah ketika datang bulan..


terdapat beberapa 'checklist' yang perlu kita kenalpasti sama ada haid kite normal atau pon tak. sesetengah wanita ade masalah seperti berikut. jom kite check!


1. Dismenorea

Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.
 2. Menoragia 

Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya



3. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid

Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi.



dan yang ini mesti kebanyakan wanita pernah lalui. jom tgk ape die


Sindrom prahaid 

  • Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.
  • Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan
  • Payu dara - ketegangan, bengkak
  • Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula
  • Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)
  • Kurang kencing 
  • Kulit berjerawat
buat wanita di luar sana, jan amik mudah ngn PMS yang anda alami dan jan juga dengar2 mitos2 'gle' seperti siapa yang selalu alami PMS berkemungkinan MANDUL! itu aku x tau lah. rzki sume d tangan tuhan kan..kalau ragu2 jan malu jumpa doc dan minta nasihat dari pharmacist ok! daaa..

No comments:

Post a Comment

kekumen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...