search this blog!

Saturday, May 26, 2012

Undisclosed love

Assalamualaikum...Alhamdulilah masih lagi bernafas.Masih lagi berpeluang untuk bertemu dengan wajah-wajah kesayanganku..Harini baik-baik saja..Sama macam yang sebelum ni. Aku bahagia, tenang dan gembira..


Demi tuhan, kita bertemu dan berpisah..Aku sangat hargai pertemuan ini..Kau sebahagian daripada kehidupanku..Selepas keluarga, kau lah orang yang aku sayang..Tapi sayang, apa yang kita lalui sekarang ni ibarat 'Undisclosed love'. Lidah kelu, tak mampu nak berkata-kata. Kita masing-masing hanya mampu berkias.Aku takut..takut peristiwa lama berulang. Itu semua sebab aku terlalu mengharap, terlalu meletakkan harapan yang tinggi..Tapi sekarang biarlah masa yang menentukan segala-galanya..Seperti yang kau selalu katakan padaku..InsyAllah, masa akan menentukan segala-galanya..


Biarpun pertemuan kita hanya di laman MukaBuku..tapi hati aku telah jatuh cinta..bukan pada dirimu terlebih dulu. Aku jatuh cinta pada keluargamu! Di hari kau ingin bertandang ke rumahku, aku tak tahu nak cakap apa pada emak bila emak mula bertanya kau tinggal di mana, rakan satu sekolah ke. Aku sendiri pun tak tahu kau siapa. Lepas tu baru aku terfikir nak kenali mu melalui gambar-gambar di MukaBuku. Aku terpana..Gambar pertama yang aku lihat ialah gambar kau seisi keluarga..Sejuk mata memandang..Aku jatuh cinta..


Walau apapun kenyataannya selepas ini, aku tetap terima dengan hati yang terbuka. Tak mengapa kalau ia undisclosed. Sekurang-kurangnya iman kita terjaga..Keakraban kita sekarang ini pun sudah cukup baik bagiku..Bahagia rasanya..:)

Friday, May 18, 2012

Hehe macam-macam hal!

Assalamualaikumm...Phew what a hectic Friday lah hehe..all in one! mang rasa penat, macam robot, busuk akibat peluh, almari baju bersepah, kerja banyak tak siap, dapat beberapa news yg sangat urgent tapi sempat p dating hahaha


Actually Isnin takla blues sangat bagi aku. Jumaat lagi hectic sebab banyak kerja yang bakal jadi on the following week akan dilambakkan pada hari Jumaat huhu..dah la Jumaat tu rasa mcm singkat je waktu dia sebab break lama sangat.  Ermm apa boleh buat..hadap jela. Janji kita tetap senyum..:) Btw thanks to Ming sebab inform aku pasal final exam untuk research method punya kelas. warghhh!!bile masa la plak ade sit-in untuk final exam for postgrad neh??nsb ade lagi sebulan nak prepare. Next two weeks dah la kena hantar assignment yang marks dia carry about 40% huhu..hopefully semua ok la sebab Prob stat aku pun got no prob and Dr cakap everything pun clear. Alhamdulilah..just aku nak tunjuk the whole chaps kat advisor aku je..masakkk..


Lagi satu hal yang bikin pening pale aku ialah nak apply grants ni. Gile lah, dalam portal cakap next month close date. Aku pun baru je check kmarin and Zuzu n Tati pun baru je sembang2 psl benda tu. Tup tup Dr msg aku cakap mgu depan last. Gile terperanjat hati beta huhu..Dia suruh isi mana yang boleh. Aku rasa mang banyak yang tak boleh. Ni 1st time kot aku apply grant tu. Hope dapat la 15k banyak kot tuk cover project aku nanti..mintak-mintak sumenye ok laa..InsyAllah..


And petang tadi sempat plak aku jumpa dengan Mr Kepok runner aku tu haha..ehh awal plak habis kursusnya. Aku plak yang kelam-kabut wehh..last2 aku cakap bagi aku masa jap. Aku nak angkat kain haha bengong je. Kali ni aku tak berapa kaku la..banyak jugak yang kami sembang-sembang:) Last-last baru la aku bagi kek kat dia hehehe..ohh malu haha. Ye-ye je dia cakap mesti sedap ni..kang otw balik tak sempat sampai rumah mesti dah abis ni..haha pandai yela ek hehe..


Ok la, may Allah bless and ease ur journey. Cik cefy tak buat hal kira ok la tu:) Tata..ILY

Thursday, May 17, 2012

Hatred

Assalamualaikum...what a wet Thursday..mendung je pagi ni hehe..adakah semendung hati ni? jeng jeng jeng..Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk mungkin datangnya dari kesilapan dan kealpaan diri sendiri..Apa pun hidup mesti diteruskan, bersyukur dengan segala kurniaan Illahi...

Sekarang, apa yang boleh aku pesan dalam diri ni ialah selalulah berhati-hati dalam melangkah..dalam semak mungkin ada duri yang kita tak nampak. Mungkin ada kalanya kita terpijak tapi perjalanan tetap harus diteruskan..Jangan fobia melangkah sebab mugkin ada sesuatu yang berharga sudah sedia menanti di penghujung jalan:)


Malam tadi bukanlah hari yang begitu baik bagi aku..Tapi entah macam mana..mungkin kebiasaan untuk marah-marah itu sudah tiada. Walaupun sakit telinga menadah kata-kata pedih tapi aku tahankan saja. Hormat atas dasar perbezaan usia..Susah ke untuk kita saling menghormati? Nak ditegur aku segan, tak tahu macam mana nak mulakan bicara..maklumlah aku kan orang baru dalam rumah ni..mereka sudah aku anggap seperti kakak-kakak..


Aku harap mereka akan ubah sket perangai mereka tu. Jangan cepat marah-marah, jangan terlampau berkira, jangan cakap main lepas sampai terguris hati orang lain. kalo boleh tegur la baik-baik. Semua orang dalam rumah ni dah besar, patutnya di layan sebagai orang dewasa:) Jangan baru buat kerja sekali dua sudah mengungkit..Orang lain pun ada buat juga tapi mungkin tak tunjuk depan-depan..kadang-kadang sedih dan tak tahan dengar mereka memaki kucing-kucing gelandangan yang tumpang makan di rumah. Bila tengok mata meow-meow tu aku jadi tak sampai hati..mesti dorg faham kata-kata manusia kan...Maafkan aku yang tak dapat nak menolong...


Tuesday, May 15, 2012

Kek batik, with love

Assalamualaikummm...harini aku begitu teruja sekali..buat pertama kalinya aku nak bagi dia rasa masakan aku yang tak seberapa ni hahaha..kebetulan dia ada kursus di Kinrara esok. So katanya hari khamis nak bertandang ke rumah sewaku ni hehe..Ohh begitu nervous walaupun hanya perlu buat kek batik yang paling senang di dunia hehehe..tah macam mana kebetulan aku memang dah beli bahan-bahan nak buat kek batik pn tadi..Cerita punya cerita rupenye dia tak tau kek batik tu macam mana haha..maybe dia pernah makan tapi tak tau yang tu namanya kek batik hehehe..Bila di tanya nak ke? Jawabnya 'nak nak' dengan penuh teruja hehe..


Ok la kamu, hati-hati otw ke Kinrara nanti. Moge dapat manfaatkan ilmu yang kamu dapat masa kursus nanti ok:) My pray is always with my family and you...:) Sy tunggu kamu datang ye..Syg semua, syg selalu:)

Sunday, May 13, 2012

Kepok runner!

Assalamualaikummmm....harini aku nak update pasal semalam. Tq my Mr. kepok runner..susah-susah je singgah rumah semata-mata nak bagi kepok leko yang di borong dari ganu. Muke pun nampak letih je huhu..tapi tak sempat nak sembang lama ngan abah ekk sebab nak drop beberapa org kawan..tapi takpela tq ye bagi..I really appreciate that dear:) Pagi tadi baru mak goreng. I'm not really sure either kena rebus balik or goreng haha..tapi sedap jgk:) Lega rasanya hati ni awk selamat sampai, mak abah pun selamat sampai tadi..lately mata kiri aku asyik bergerak-gerak je..orang kate ade benda sedih yang nak jadi, tak pun ade something yang buat kite menangis..takot dan risau..tapi takde pape kot. If nak jadi pun biar lah tu perihal diri aku je. Hope tak jadi kat org-org yang aku sayang..InsyAllah..


Again, tq my Mr kepok runner. ILY :)

Wednesday, May 9, 2012

Smile :)

What a great Wednesday :) while finish up my proposal assignment, sempat lagi nak berblogging haha..Just wanna express my thankful, Alhamdulilah..praises to Allah for a good life now. I have nobody to help me except Allah..Moga di waktu lapang dan senang begini takkan sesekali lupakan Allah kerana kadang-kadang Allah memberi anugerah dalam bentuk cubaan dan menguji kita dengan sesuatu nikmat. kalau kita nak Allah tolong kita waktu kita susah, kita jangan sesekali lupa Allah waktu kita senang..Susah dan senang tu semua pemberian dari Allah...apa yang penting kita redha:)

Thursday, May 3, 2012

If only I could..

Hye..harini Khamis. Pagi yang tenang, setenang hatiku..Thank you Allah for blessing me and the people I love most in my life..my family, my friends or even the people who hate me:)


Bila ingat balik kesalahan yang aku dah buat dulu..malu rasanya. If only I could turn back time..Tapi tu sesuatu yang mustahil tuk berlaku kan..So apa yang paling penting sekarang aku takkan ulang balik kesilapan yang sama..If aku ulang balik maknanya aku sengaja ulang dosa yang sama..Dulu mungkin terlalu ikutkan darah muda. Tapi sekarang pun aku masih muda ape hehehe..Usia klimaks macam ni la paling banyak cabaran..Hidup ni sentiasa ada dua pilihan. Terpulang pada kita mana satu jalan yang kita nak pilih. Aku tak mahu lost in lust macam dulu..


Benar kata-kata di dalam kalam suci, Kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemurkaanNya..sekarang baru terpampang depan mata. Sekarang baru aku nampak..Sesuatu perkara tu mungkin nampak cantik dan sempurna di mata kasar tapi sebenarnya membawa kemudaratan dalam hidup kita..Mungkin bukan dalam jangka masa terdekat tapi bakal berlaku di masa akan datang.


Selain nikmat paling utama dalam hidup aku iaitu dilahirkan sebagai orang Islam, ini lah nikmat yang aku rasa sangat mengubah rentak hidup aku..Few years back aku macam orang tak tahu bersyukur, Islam pada nama tapi hanyut dalam nafsu sendiri. Aku tak salahkan sesiapa. Mungkin aku sendiri yang senang terpengaruh. But thank you Allah for your blessing. You are so compassionate and so merciful and answer all my prayers. Thank you Allah for listening and taking care of all my needs..I'm trying to be a good daughter and a good Muslimah too..aaminnn

Tuesday, May 1, 2012

1st May 2012,a silent and whisper meet up

1st May..it's a labour day and of course lah kan public holiday..so cuti yang ada ni boleh la santai-santai dan buat free activities hehe..Macam harini, actually it wasn't a perfect and detailed plan to meet him. Setelah di consider the offers so rasanya harini boleh la kot nak jumpa. Few years back was a day I met my ex and lepas tu dah takde. So it kinda a very weird feeling. I don't talk too much except for sengih2 like kerang busuk haha..Actually this is the third meet up. Two times with my parents and this time I convinced my mom to met him alone..and Alhamdulilah mak allow us to meet but "don't go too far" haha..ok mak


Seems dia masih tak biasa dengan jalan nak ke rumah, I don't hope too much yang dia akan berjaya jemput aku di rumah sewa ni hehe. But then I told myself, if dia ikhlas nak jumpa, may Allah allow him to come and perjalanan dia dipermudahkan. After solat Zohor dia call and nearly arrived. As usual, aku memang ada problem if nak bagi direction haha..but thanks to Kak hajar because I pass my phone to her and dia yang tolong bagi direction. How bad lah aku ni haha..


We went to Alamanda, the nearest place after The Mines and Jusco haha..makan-makan and teman beliau beli kasut but then lastly beli porch bag haha..round-round( actually tersesat dlm Putrajaya, haishh) haha. dia bawak tgk track drift and hv some chitchat.As usual aku banyak diam.Damn haha..And now he's on the way back to Ipoh. May Allah bless your journey..aaminnn:)

Thursday, April 26, 2012

Izinkan ku MAKI..

Udah lame ghasenye tak marah2 ni ye..aje geram beno dgn peel org yang tak paham bahase ni ekk..aku tak koserrr nak memain ngn ko lah berok! Aku tak kire, bayo balik duit aku. Udah ckp terang-terang pon tak paham lg le? ke buat-buat tak paham. Tengin punye jantan! Sebelom ko nak heret cikaro p sne sini, meh bayo dulu duit aku tu. Pastu kompom aku tak kaco idop ko dh..lg pun takde pekdah aku nak berurusan ngn ko lg lah. Mang tak gune toi ko ni la. Ape pun tak boleh pakai. harap ade telo jela..yg tu kucen2 aku pn ade. Phuii!!

Monday, April 23, 2012

Monday Blues!

Hye2..today is not a good start at all. Sakit kepala selalu buat mood aku hilang. Tak dapat nak fokus pada kerja. Kepala yang semakin berdenyut bagai nak pecah jadi bertambah teruk bile memikirkan chapter two yang masih stuck, report-report yang masih belum bersentuh, kerja-kerja tambahan dari lecturer. Pening, pusing dan macam nak muntah. Ya Allah, susah macam mana pun aku kena hadap jugak sume ni sebab ni jalan yang aku pilih and aku percaya ni la jalan terbaik yang Allah dah pandu aku tuk sampai ke sini. berhenti di tengah jalan bukanlah gaya aku. Alang-alang sudah masuk jalan kampung, redahkan saja laa...Wish me luck. I love me n my family hehehe

Saturday, April 21, 2012

I wish everyday is today:)

Hye2..semalam aku n family spend time kat umah di Siputeh..harini sangat best..Si dia bertandang ke rumah lg..terima kasih ye sudi dtg..wish it never ends:)

Thursday, April 12, 2012

Terkedu..

Salam Khamis yang tenang lagi ceria..walaupun semalam ada sesuatu yang berkocak di hatiku tapi selagi tuhan masih ada, aku rasa tenang-tenang saja..Apa yang dah jadi sebelum ni banyak membuatkan aku lagi berhati-hati, jangan terlalu hanyut dengan perasaan. Apa pun yang terjadi, biarlah aku berbalik kepada Allah sebagai tempat rujukan..


Memang hati berkocak, memang hati ni tak senang dengan apa yang dia ceritakan semalam..tak semena-mena air mata aku terbit, mengalir di celahan pipi. Tah kenapa..takut, bimbang, khuatir kalau kalau kehadiran kekasih lamanya boleh mengubah segala-galanya..Kenapa aku perlu berperasaan begitu? Aku pun tak tahu..Tak adil rasanya mendoakan sesuatu yang kurang elok sesama umat manusia. Namun apa yang selalu aku sematkan di dalam doaku, sekiranya dia adalah untukku moga hubungan ni dapat mengeratkan silaturrahim antara dua keluarga. tetapi sekiranya kami tak ditakdirkan untuk bersama, moga tuhan hindarkan aku daripada kekecewaan yang teramat sangat..


Sesungguhnya Allah itu perancang yang cukup hebat, cukup sempurna..Aku hanya mahu jadi hamba yang ikhlas dalam segala hal, ikhlas dalam menerima qada dan qadar yang Dia tetapkan..kerana kesilapan aku yang dulu banyak membuka mataku akan kebesaran dan kasih sayang Nya padaku...

Tuesday, April 10, 2012

For you...:)

Sometimes late at night
I lie awake and watch him sleeping
he's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would he ever doubt the way I feel
About him in my heart

If tomorrow never comes
Will he know how much I loved him
Did I try in every way to show him every day
That he's my only one
And if my time on earth were through
And he must face this world without me
Is the love I gave him in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much he means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell him how I feel

If tomorrow never comes
Will he know how much I loved him
Did I try in every way to show him every day
That he's my only one
And if my time on earth were through
And he must face this world without me
Is the love I gave him in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes

Tuesday, April 3, 2012

Hey:)

Salam Selasa..harini 3 April, birthday bonda tercinta..moge pjg umur dan murah rezeki, bahagia di samping suami dan anak-anak tercinta hehe..tiada mak tiada la kami. Skg kami sume dah beso, we gain some experiences in our life. Sometimes we're able to cope with our own probs but sometimes we don't..but as long as we stick together, I think it makes me stronger and happy:)


Aku di sini ok-ok saje..masih dengan kerja-kerja sekolah orang dewasa haha..Harini jugak aku blur..maybe aku lapar sebab harini aku puasa. jasad di ofis tapi minda dan jiwa tah di mana..terbang melayang ke ipoh. teringatkan anak-anak kucingku..teringatkan rumahku syurgaku..teringatkan kamu.Semuanya sumber kekuatan aku.. Owhh rindu!

Monday, March 26, 2012

It's Monday!

Helluuu..It's Monday againn..Monday Blues kah anda haha..Aiseyy pagi ni rasa sket ngantok.maybe smlm tdo agak lewat. Semalam adalah hari aku me'recap' memori bersama si dia. Niat di hati nak dgr dia bercerita. Last2 aku yang over bercerita huhu..maapkan daku ye..Well it's good to share something with u..ermmm pasal benda yang dah jadi siang tu kalo blh aku taknak la igt lagi huhu. Tah kenapa agak sentap but no worries, everything is forgiven lah dear..after this jgn la takot nk make jokes dgn sy plak ehh huhu..

Friday, March 23, 2012

Love being around you...

Salam Jumaat penuh barakah.. Hari ni dunia seakan-akan tersenyum padaku..Begitu sekali rahmatNya padaku..Alhamdulilah ya Allah..atas rezekiMu, atas ketenangan ini, atas kegembiraan ini..Sekarang aku rasakan hidupku lengkap dengan adanya keluarga, sahabat dan yang tersayang di sisi..Betul kata bonda, selalu lah berlapang dada dalam segala hal..dalam segala perkara yang banyak menimbulkan tanda tanya..Biar Allah saja yang tentukan. Ini juga salah satu rahsia para ulama dan mujahid yang tak pernah rasa ragu-ragu apatah lagi bimbang dengan perkara yang mereka sendiri tak pasti. Mereka serahkan pada Allah sambil tak lupa untuk berusaha dan berdoa..


Aku suka berada di antara kalian..rasa yang sangat tenang, ceria dan selamat. Memang sesuai dengan nama yang mak beri, CAHAYA KEGEMBIRAANKU :)

Saturday, March 17, 2012

Title

Kau dan aku punya masa lalu. Biarlah, itu kan hanya masa lalu. Jangan terlalu hidup dalam kenangan. Aku sudah tak mahu mengingati sejarah. Sekarang, kita buka buku baru. Mungkin dengan orang yang baru, suasana yang baru dan mungkin juga perasaan yang baru. Sekarang, hati pun sudah tenang. Jadi aku mahu minta apa lagi? Ini sudah cukup rasanya pemberian untuk aku dari tuhan. Air mata tak selalunya untuk kesedihan. Aku harap lepas ni aku banyak menangis kerana kegembiraan:)

Friday, March 9, 2012

Sahaja aku menaip...

Hye2, hui2, uitt2...dah lama rasanya tak update blog. Tah la apa yang aku nak update kn huhu..so hari ni aku nak update jugak even tak ade cerita ape pun hehe..so far kelas ok je..thesis progress agak slow. Ok aku banyak main..c'mon wake up wake up!! And skg aku tgh chat dgn si dia yang slalu buat aku happy..haha u are absolutely funny lah syg...

Hidup kembali bermakna..aku syg kamu semua:)

Wednesday, February 29, 2012

Time heals everything

...29th, May Allah always bless us. ILY Saniku..:)

Tuesday, February 21, 2012

What a bless!!

Assalamualaikummm kum kum haha...hari ini cuaca sangat baik. Mood juga ada baikk haha..Alhamdulilah harini aku dihujani dengan berita gembira..Ini satu permulaan yang baik. Yaa it's a good start i guess:)  cume yg tak brape nak baik ialah si dia masih belum sehat..Get well soon my dearest dear..


Hope everything goes well here..aminnn. Misi memulakan framework untuk thesis harus dijalankan. Errr tak nampak lagi cane ghopenye framework aku ni huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...